More

    Nokia 2.4 dilancar di Malaysia: Skrin 6.5 inci, bateri 4,500mAh, sedia untuk Android 11 berharga RM499

    Nokia hari ini telah melancarkan telefon kelas permulaan Nokia 2.4 untuk pasaran Malaysia. Antara ciri menarik pada telefon ini adalah skrin LCD 6.5 inci dengan resolusi HD+, bateri 4,500mAh dan dwi-kamera 13MP.

    Ia juga akan terus menerima kemas kini utama untuk sistem operasi Android selama dua tahun, termasuk Android 11 dan Android 12. Kameranya pula mampu mengambil gambar yang cantik pada waktu malam dengan Night Mode dan gambar potret dengan latar belakang kabur menggunakan Portrait Mode.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Nokia 2.4:

    • Cipset MediaTek Helio P22
    • Skrin IPS LCD 6.5 inci dengan resolusi 720 x 1600
    • RAM 2GB
    • Storan 32GB, boleh dibesarkan dengan microSDXC
    • Kamera utama 13MP + sensor kedalaman 2MP
    • Kamera swafoto 5MP
    • Bateri 4,500mAh
    • Port microUSB 2.0, pengimbas cap jari di belakang
    • Pilihan warna Charcoal sahaja

    Nokia 2.4 akan dijual pada harga RM499 di wakil pengedar sah, Macpie dan Shopee. Selain itu, anda juga berpeluang memiliki Nokia 2.4 secara percuma jika anda berdaftar untuk pelan pascabayar Smart68X oleh RedONE.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk membeli Nokia 2.4 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured