More

    Nokia 8.3 5G, 2.4 dan 3.4 diumum: Boleh guna Android 11, harga bermula ~RM574

    Nokia Mobile kini telah mengumumkan dua peranti kelas permulaan baharu; Nokia 2.4 dan Nokia 3.4, serta sebuah peranti 5G terbaru; Nokia 8.3 5G yang kini tersedia di pasaran luar negara.

    Nokia 8.3 5G dilengkapi Snapdragon 765G, RAM 8GB + storan 128GB, bateri 4500mAh dan sokongan pengecasan pantas 18W. Ia turut dilengkapi dengan paparan 1080p 6.81 inci dan tetapan kamera quad 64MP bersama lensa optik ZEISS. Dilaporkan, peranti ini bakal tampil dalam filem James Bond seterusnya, No Time to Die.

    Nokia 8.3 5G

    Nokia 3.4 pula hadir dengan Snapdragon 460, pilihan RAM 3GB/4GB (boleh ditambah sehingga 512GB), paparan LCD 6.39 inci, kamera utama 13MP + 5MP + 2MP dan kamera swafoto 8MP. Peranti ini hadir dengan sokongan Android 10 yang boleh dinaik taraf kepada Android 11 jika sudah tersedia.

    Nokia 2.4 pula hadir dengan janaan cipset MediaTek Helio P22, RAM 2GB + storan 32GB (boleh ditambah melalui mikroSD) dengan skrin berukuran 6.5 inci. Peranti ini dilengkapi bateri berkapasiti 4500mAh dengan pengecasan 5W sahaja (mikroUSB) dan kamera utama 13MP + 2MP. Peranti ini turut tersedia dengan Android 10 dan mampu menaik taraf ke Android 11.

    Nokia 3.4
    Nokia 2.4

    Nokia 8.3 5G dipasarkan dengan harga $700 (~RM2,887), manakala Nokia 3.4 berharga 159 Euro (~RM767) dan Nokia 2.4 berharga 119 Euro (~RM574).

    Setakat ini, kami masih ketiadaan maklumat jika ia bakal berada di pasaran Malaysia. Apakah pendapat anda mengenai peranti baharu Nokia ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk ebrita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured