More

    Nothing Ear (3) akan dilancar dalam masa terdekat

    Nothing mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan fon telinga wayarles baharu dalam masa terdekat iaitu Nothing Ear (3). Selain daripada pengesahan ini, Nothing masih belum berkongsi sebarang maklumat mengenai ciri-ciri atau rekaan peranti tersebut.

    Apa yang menarik adalah Nothing kini mengembalikan angka dalam nama produknya. Kali terakhir Nothing melancarkan fon telinga wayarles adalah pada April 2024 lalu dengan nama Nothing Ear. Syarikat itu membuang angka dalam nama produknya selepas Nothing Ear (2) (dilancar pada Mac 2023) dan Nothing Ear (1) (dilancar pada Julai 2021).

    Dalam sebuah tulisan di forum komuniti Nothing, ketua pemasaran Nothing berkata mereka mengembalikan angka selepas mendapat maklum balas daripada para pengguna bagi memudahkan pengguna mengenal pasti urutan produk Nothing yang dilancar.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fon telinga wayarles Nothing dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Nothing

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...