More

    Nothing Ear dan Ear (a) dilancar di Malaysia: Fon telinga wayarles lutsinar bermula RM479

    Nothing Malaysia telah memperkenalkan dua fon telinga wayarles baharu iaitu Nothing Ear dan Nothing Ear (a). Syarikat teknologi yang berpusat di London, United Kingdom itu memutuskan untuk menggunakan skema penjenamaan baharu yang menggantikan nombor seperti dalam Nothing Ear (1) dan Nothing Ear (2) sebelum ini, kepada nama yang lebih ringkas.

    Jika anda menggunakan fon telinga ini dengan mana-mana telefon Nothing, ia mempunyai fungsi khas untuk perkhidmatan AI popular, ChatGPT, untuk akses pantas kepada sebarang jenis informasi.

    Nothing Ear

    Nothing Ear menampilkan pemacu dinamik 11mm dengan diaphragm seramik untuk kualiti bunyi yang lebih tinggi. Ia juga mempunyai rekaan dwi-kamar (dual chamber) yang digunakan dalam Ear (2) dengan dua lohong pengudaraan tambahan untuk meningkatkan aliran udara dan menghasilkan bunyi yang lebih jelas.

    Nothing Ear menyokong codec LHDC 5.0 (Low Latency High-Definition Audio Codec) dan LDAC untuk penstriman jelas melalui Bluetooth, dengan kadar sehingga 1 Mbps 24 bit/192kHz dengan LHDC 5.0 dan sehingga 990 kbps 24 bit/96kHz dengan LDAC. Pengguna juga boleh akses Nothing Advanced Equaliser dalam aplikasi Nothing X untuk menala kualiti audio.

    Ia juga menawarkan pembatalan hingar aktif (ANC) untuk membatalkan hingar sehingga 45dB, dua kali ganda lebih efektif berbanding Ear (2). Dengan Adaptive ANC, ia boleh melaraskan tahap ANC secara automatik di antara tinggi, medium dan rendah.

    Baterinya pula boleh bertahan selama 8.5 jam jika bergantung pada fon telinga sahaja, atau sehingga 40.5 jam jika digunakan bersama bateri dalam pengecas. Ia juga menyokong pengecasan wayarles 2.5W, di mana pengecasan selama 10 minit sudah cukup untuk penggunaan selama 10 jam.

    Sewaktu membuat panggilan telefon, ia mempunyai mikrofon dengan Clear Voice Technology dan lohong udara (airway) tambahan untuk meningkatkan kualiti rakaman suara dan mengurangkan gangguan sehingga 60% berbanding Ear (2).

    Nothing Ear akan dijual di Malaysia bermula 11 Mei 2024 pada harga RM659.

    "
    "

    Nothing Ear (a)

    Nothing Ear (a) pula merupakan model yang lebih murah dan masih mengekalkan estetika Nothing yang lutsinar dan warna menarik. Ia merupakan produk Nothing pertama yang ditawarkan dalam warna kuning, di samping warna standard hitam dan putih.

    Seperti Nothing Ear, ia turut mempunyai ANC yang membatalkan hingar sehingga 45dB dengan bandwith sehingga 5,000Hz. Ia juga mempunyai pengiktirafan Hi-Res Audio, menyokong hubungan Bluetooth sehingga 990kbps pada 24 bit/96kHz dan menyokong codec LDAC.

    Baterinya boleh bertahan sehingga 42.5 jam, manakala pengecasan selama 10 minit sudah membenarkan penggunaan selama 10 jam (dengan ANC dimatikan). Fon telinga ini juga boleh dihubungkan dengan dua peranti serentak dan mempunyai Low Lag Mode untuk kependaman yang rendah.

    Nothing Ear (a) akan dijual di Malaysia bermula 11 Mei 2024 pada harga RM479.

    Jika anda berminat untuk memiliki dua fon telinga di atas lebih awal, anda boleh dapatkannya di Crossover Concept Store bermula 27 April 2024 namun dengan stok yang sangat terhad.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured