More

    Nothing lancarkan Nothing OS 2.5 versi Beta berdasarkan Android 14 untuk Phone (2)

    Baru-baru ini, Google mengumumkan kemas kini Android 14 yang stabil untuk telefon Android terkini termasuk Nothing Phone (2). Untuk makluman anda, Nothing melancarkan Nothing OS 2.5 berdasarkan Android 14 sambil memperkenalkan Nothing Touch.

    Ia merupakan rombakan yang kemas untuk widget anda dan memberikan rupa baharu untuk reka letak Tetapan Pantas. Ia juga memperkenalkan ikon fon telinga Nothing untuk sambungan yang lebih baik.

    Kemas kini ini juga mempunyai penyuntingan tangkapan skrin dengan pilihan lanjutan. Anda boleh membuat tangkapan skrin dengan cepat secara leret tiga jari. Selain itu, kemas kini ini menampilkan tema monokrom baharu dan aplikasi gerak isyarat belakang untuk interaksi.

    Dalam pada itu, anda boleh menyesuaikan pilihan pintasan Skrin Kunci seperti jangan ganggu, senyapkan, pengimbas kod QR dan kamera video. Menariknya, anda boleh menetapkan audio berasingan untuk nada dering dan pemberitahuan.

    Untuk mendapatkan kemas kini ini, muat turun APK daripada halaman pengumuman rasmi di forum Nothing, pergi ke Tetapan > Sistem > Kemas kini kepada versi Beta. Kemudian, klik “Semak versi baharu,” ikut langkah yang diberikan.

    Ini hanyalah kemas kini secara Beta yang masih belum dikeluarkan secara rasmi. Beri pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured