More

    Nothing perkenal Essential Voice — Cakap terus jadi teks lengkap!

    Nothing hari ini telah memperkenalkan ciri baharu berasaskan AI dikenali sebagai Essential Voice iaitu sambungan kepada ekosistem Essential AI yang memfokuskan interaksi lebih semula jadi melalui suara. Berbeza dengan fungsi pengecaman tradisional yang hanya menyalin percakapan secara mentah, Essential Voice direka untuk menukar pertuturan kepada teks yang terus siap digunakan.

    Sistem secara automatik membuang elemen seperti “umm”, “uh” dan ayat tergantung sambil memperkemas struktur supaya hasil akhir menyerupai penulisan lengkap, bukan transkripsi. Ia boleh diaktifkan melalui Essential Key atau terus dari papan kekunci tanpa perlu keluar dari aplikasi semasa.

    Essential Voice kini hadir dengan beberapa komponen utama:

    • Auto-correction: Memperbaiki struktur ayat dan membuang filler words secara automatik
    • Personal Mappings: Shortcut suara untuk frasa, pautan atau template yang kerap digunakan
    • Translation Agent: Tukar pertuturan kepada teks dalam bahasa lain secara terus
    • Sokongan 100+ bahasa: Termasuk pengesanan automatik dan variasi regional

    Nothing mengatakan pendekatan ini berasaskan realiti penggunaan yang mana manusia bercakap jauh lebih pantas berbanding menaip, namun interaksi telefon masih bergantung kepada papan kekunci. Untuk ketersediaan, Essential Voice dilancarkan terlebih dahulu pada Nothing Phone (3) dan Nothing Phone (4a) Pro dengan Nothing Phone (4a) akan menyusul kemudian.

    Untuk kemas kini akan datang, Nothing merancang memperkenalkan keupayaan kesedaran konteks untuk membolehkan sistem menyesuaikan output berdasarkan situasi seperti mesej, emel kerja atau carian. Ini juga dilihat sebagai langkah awal ke arah antara muka “voice-first” merentasi ekosistem peranti pintar mereka.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...