More

    Nothing Phone (2) akan dilancar di Malaysia pada 14 Julai 2023

    Nothing akan melancarkan telefon pintar Nothing Phone (2) untuk pasaran antarabangsa pada 11 Julai 2023. Kini syarikat teknologi itu mengumumkan tarikh pelancarannya untuk pasaran Malaysia pula iaitu pada 14 Julai 2023.

    Pihak media termasuk kami telah pun menerima jemputan untuk menghadiri majlis pelancaran tersebut. Baru-baru ini, Nothing sudah mendedahkan rekaan luaran untuk telefon itu dalam saluran YouTube MKBHD, di mana ia mempunyai rekaan yang sangat serupa dengan Nothing Phone (1) sebelum ini.

    Ia masih mengekalkan permukaan lutsinar dan corak pencahayaan Glyph Interface yang akan menyala mengikut fungsi yang ditetapkan. Untuk spesifikasi, ia bakal dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 dan bateri 4,700mAh.

    Pada tahun lalu, Nothing Phone (1) dilancar untuk pasaran Malaysia pada bulan Julai 2022 dengan harga bermula RM2,399 untuk varian 8GB+256GB. Memandangkan Nothing Phone (2) bakal dilengkapi cipset yang lebih canggih, mungkin harganya akan mengalami peningkatan yang agak ketara.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured