More

    Nothing Phone (2a) dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 7200 Pro

    Syarikat Nothing yang berpangkalan di London memperkenalkan Phone (2a) yang menampilkan cipset Dimensity 7200 Pro tersuai yang dibangunkan bersama MediaTek untuk prestasi dan penggunaan tenaga optimum.

    Menggunakan proses 4nm terbaharu TSMC, pemproses ini menawarkan pelbagai tugasan pantas dengan RAM sehingga 20GB, memberikan kuasa 18% lebih dan kecekapan bateri 16% lebih baik berbanding pendahulunya. Ia turut memperkenalkan teknologi Smart Clean di mana Phone (2a) mengekalkan prestasi puncak dari semasa ke semasa.

    Dalam pada itu, khabar angin turut mendedahkan bahawa Nothing Phone (2a) akan menampilkan paparan FHD+ 120Hz AMOLED 6.7 inci, RAM 8/12GB, storan 128/256GB, dwi kamera belakang 50MP dan sokongan pengecasan 45W.

    Untuk butiran lanjut, saksikan acara pelancaran ‘Fresh Eyes’ pada 5 Mac 2024, jam 7:30 malam di laman web rasmi Nothing. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured