More

    Nothing Phone (2a) Plus dilancar: Dimensity 7350 Pro, cas pantas 50W, kamera hadapan 50MP berharga ~RM1,840

    Selepas melancarkan Nothing Phone (2a) sebgai telefon kelas pertengahan pertama oleh Nothing pada bulan Mac lalu, kini syarikat teknologi itu melancarkan sebuah varian baharu iaitu Nothing Phone (2a) Plus. Ia mempunyai fungsi dan spesifikasi yang hampir sama dengan Phone (2a), namun dengan beberapa penambahbaikan kecil dan harga lebih mahal.

    Telefon ini dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 7350 Pro iaitu telefon pertama yang dilengkapi cipset tersebut dan buat masa ini hanya eksklusif untuk jenama Nothing sahaja. Cipset tersebut dibina dengan nod proses 4nm TSMC dan menawarkan prestasi 10% lebih tinggi dan prestasi GPU 30% lebih tinggi berbanding Phone (2a) asal.

    Satu lagi penambahbaikan adalah pada kamera swafoto, di mana Phone (2a) Plus dilengkapi kamera swafoto 50MP yang lebih tinggi daripada kamera swafoto 32MP pada Phone (2a) asal. Nothing juga mengatakan ia mempunyai algoritma mod potret yang diperbaharui bagi mengekalkan butiran-butiran kecil pada wajah seperti misai dan bulu kening.

    Selain itu, Phone (2a) Plus menyokong kadar pengecasan pantas 50W, lebih tinggi berbanding 45W pada Phone (2a) asal. Nothing mengatakan ia boleh mengecas penuh daripada 0% dalam masa sekitar 56 minit, namun perlu diingati bahawa pengecas tidak disertakan dalam kotak dan ia tidak menyokong pengecasan wayarles.

    Daripada segi rekaan, Phone (2a) Plus mempunyai saiz dan rekaan yang serupa dengan Phone (2a) asal, namun ia ditawarkan dalam warna baharu iaitu kelabu. Ia juga ditawarkan dalam warna hitam seperti Phone (2a) asal, lengkap dengan 3 jalur cahaya Glyph Interface.

    Untuk memori pula, Phone (2a) Plus ditawarkan dalam satu varian sahaja iaitu RAM 12GB dan storan dalaman 256GB. RAM itu boleh dibesarkan lagi secara maya sebanyak 8GB, menjadikan RAM keseluruhan kepada 20GB.

    Selain daripada pembaharuan di atas, spesifikasi lain dalam Phone (2a) Plus masih sama dengan Phone (2a) seperti skrin AMOLED 6.7″ 120Hz Full HD+, sistem operasi Android 14 dengan Nothing OS 2.6, bateri 5,000mAh, kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 50MP dan pembesar suara stereo.

    Pada waktu ini, Nothing Phone (2a) Plus hanya dijual untuk pasaran Amerika Syarikat pada harga USD399 (~RM1,840). Sebagai rujukan, Phone (2a) di negara itu dijual pada harga yang lebih rendah iaitu USD349 (~RM1,610). Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Nothing

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured