More

    Nothing Phone (3a) Lite dilancar: AMOLED 120Hz, Dimensity 7300 Pro, bateri 5,000mAh bermula ~RM1,380

    Nothing hari ini mengumumkan telefon pintar kelas pertengahan baharu iaitu Nothing Phone (3a) Lite. Telefon ini merupakan varian baharu dalam siri Phone (3a), selepas Nothing Phone (3a) dan Nothing Phone (3a) Pro dilancar di Malaysia pada bulan Mac lalu.

    Daripada segi luaran, ia masih mengekalkan estetika telefon Nothing yang mempunyai beberapa komponen lutsinar yang dibuat daripada kaca. Ia mempunyai rating kalis air dan debu IP54 serta ditawarkan dalam pilihan warna hitam dan putih.

    Seperti telefon Nothing yang lain, ia mempunyai lampu Glyph Light di bahagian belakang yang boleh menyala sewaktu mendapat notifikasi dan menerima panggilan telefon, atau membuat Camera Countdown. Di bahagian sisi, terdapat butang Essential Key yang boleh mengakses Essential Space untuk menyusun nota, idea dan media.

    Skrinnya berukuran 6.77 inci dengan panel AMOLED. Ia mempunyai kecerahan puncak 3,000 nits, resolusi 1080×2392, kadar segar semula 120Hz dan kedalaman warna 10-bit.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset MediaTek Dimensity 7300 Pro yang dibuat daripada proses 4nm TSMC, RAM 8GB yang boleh dibesarkan secara maya sehingga 16GB dan storan dalaman 128GB atau 256GB. Storannya boleh dibesarkan dengan kad microSD sehingga 2TB.

    Baterinya berkapasiti 5,000mAh dan menyokong kadar pengecasan pantas 33W. Nothing mengatakan ia boleh mengecas daripada 0% hingga 50% dalam masa 20 minit sahaja. Ia turut mempunyai pengecasan berbalik pada kadar 5W.

    Ia menggunakan sistem operasi Android 15 dengan antara muka Nothing OS 3.5 dan menyediakan beberapa fungsi unik seperti Smart Drawer, Private Space dan App Locker. Ia akan menerima kemas kini Android utama selama tiga tahun dan kemas kini keselamatan selama enam tahun.

    Kameranya mempunyai teknologi TrueLens Engine 4.0 sama yang terdapat pada telefon flagship Nothing Phone (3). Ia mempunyai kamera utama dengan sensor Samsung 1/1.57 inci yang boleh menangkap cahaya lebih tinggi sebanyak 64% berbanding sensor jenama lain dalam kategori ini untuk mengambil gambar yang jelas

    "
    "

    Ia menyokong mod Ultra XDR, Portrait Mode, Auto Tone, Night Mode, Macro Mode dan Motion Capture. Untuk video, ia boleh merakam video 4K 30fps atau 1080p pada kadar 120fps. Kamera hadapannya mempunyai sensor 16MP.

    Nothing Phone (3a) Lite akan dijual di United Kingdom pada harga £249 (~RM1,380) untuk varian 8GB+128GB. Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya untuk pasaran Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured