More

    Nothing sahkan pelancaran Phone (3) pada 1 Julai ini

    Nothing secara rasmi mengesahkan bahawa peranti terbaharu Nothing Phone (3) akan dilancarkan pada 2 Julai jam 1:00 pagi waktu Malaysia dalam satu acara khas di London. Digelar sebagai telefon paling ‘bercita-cita’ tinggi Nothing setakat ini, Phone (3) dijangka hadir dengan peningkatan ketara dalam aspek reka bentuk, prestasi dan keupayaan kecerdasan buatan (AI).

    Menurut pengumuman rasmi, Nothing akan menumpukan kepada inovasi AI secara menyeluruh dalam Phone (3), selari dengan trend industri yang semakin giat menerapkan ciri-ciri pintar. Pelancaran kali ini bukan sekadar naik taraf daripada segi spesifikasi, sebaliknya satu lonjakan strategik dalam usaha untuk bersaing dalam pasaran telefon pintar premium.

    Biarpun tiada perincian teknikal didedahkan secara rasmi dalam pengumuman tersebut, desas-desus sebelum ini menyebut Phone (3) mungkin hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 3, skrin AMOLED LTPO 6.7 inci dan sistem tiga kamera belakang. Reka bentuk Glyph juga dikatakan bakal digantikan dengan pendekatan baharu yang lebih modular dan moden.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured