More

    nubia Red Magic 5S tewaskan Lenovo Legion Phone Duel dalam ujian AnTuTu

    Markah ujian penanda aras (benchmark) AnTuTu sering dijadikan daya penarik sewaktu pelancaran telefon-telefon pintar, di kini telefon terbaru yang akan dilancarkan oleh nubia, Red Magic 5S, dikatakan mempunyai markah AnTuTu yang lebih tinggi daripada telefon pintar gaming Lenovo Legion Phone Duel.

    Perkara tersebut dimaklumkan oleh CEO nubia, Ni Fei, di mana beliau menunjukkan markah peranti tersebut. Menurut beliau, Red Magic 5S meraih markah 659,586 iaitu lebih tinggi berbanding Lenovo Legion Phone Duel yang mempunyai markah 648,871. Markah yang lebih ini dijangkakan kerana GPU-nya yang mampu overclock.

    Markah AnTuTu.

    Beliau juga berkongsi sebuah lagi markah daripada ujian penanda aras berlainan, Master Lu, di mana Red Magic 5S mendapat markah 616,085. Red Magic 5S dijangka akan dilengkapi Snapdragon 865 Plus, skrin 144Hz dan sistem penyejukan cecair.

    Markah Master Lu.

    Ia akan dilancarkan pada Selasa, 28 Julai. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured