More

    nubia Z70S Ultra dilancar: SD 8 Elite, kamera 50MP, bateri 6,600mAh bermula ~RM2,760

    nubia hari ini melancarkan telefon pintar andalan terbaru iaitu nubia Z70S Ultra. Selain dilengkapi spesifikasi canggih seperti nubia Z70 Ultra sebelum ini, varian baharu ini dilengkapi kamera yang lebih canggih dengan saiz sensor yang lebih besar, serta kapasiti bateri yang lebih besar.

    nubia Z70S Ultra dilengkapi kamera utama 50MP dengan sensor OmniVision Light Fusion 900 berukuran 1/1.3 inci, iaitu lebih besar berbanding sensor 1/1.56″ pada nubia Z70 Ultra asal.

    Selain itu, Z70S Ultra mempunyai lensa 35mm dengan nilai apertur f/1.7 yang tetap, berbeza dengan Z70 Ultra yang mempunyai apertur boleh ubah (f/1.6-f/4.0).

    Dua lagi kamera yang terdapat pada telefon ini adalah kamera telefoto 64MP dengan sensor 1/2″ dan lensa f/2.48 70mm, serta kamera ultra-lebar 50MP dengan lensa f/2.0 13mm dan medan penglihatan 122°.

    Satu lagi ciri yang bertemakan fotografi adalah butang shutter khas yang terdapat di bahagian sisi bagi memudahkan pengguna mengambil gambar.

    Selain ciri fotografi, satu lagi fungsi yang dipertingkatkan adalah baterinya yang kini berkapasiti 6,600mAh, lebih besar berbanding 6,150mAh pada Z70 Ultra yang asal. Kadar pengecasan pantasnya masih sama iaitu 80W.

    Lain-lain spesifikasi masih kekal sama, seperti skrin OLED 6.85 inci 144Hz, cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite, storan UFS 4.0 dan RAM LPPDR5X.

    nubia Z70S Ultra akan dijual di China pada harga bermula CNY4,600 (~RM2,760) untuk varian 12GB+256GB. Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadannya di Malaysia.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: ZTEMall

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured