More

    OnePlus 13 dilancar secara global, tempahan kini dibuka di Malaysia! – Berharga RM4,399

    OnePlus 13, telefon pintar segmen perdana terbaharu daripada OnePlus telah dilancarkan secara rasmi di China pada November tahun lalu. Kini, pelancaran global model ini telah berlangsung termasuk di Malaysia pada malam tadi. Harga OnePlus 13 di Malaysia bermula daripada RM4,399 dengan pakej tempahan istimewa.

    Menurut OnePlus Malaysia, model yang ditawarkan di Malaysia adalah varian 16GB + 512GB. Pelanggan yang membuat tempahan kini berpeluang menikmati hadiah percuma eksklusif yang merangkumi set pengecas SUPERVOOC 100W, Sarung Telefon Magnetik OnePlus dan Powerbank Magnetik OnePlus. Pakej tempahan ini bernilai keseluruhan RM5,473.

    Daripada segi spesifikasi, OnePlus 13 yang dijual di Malaysia adalah serupa dengan model yang dijual di China. Telefon ini dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Elite yang terkini, bateri 6,000mAh dengan pengecasan 100W SUPERVOOC dan 50W AIRVOOC, paparan 6.82 inci QHD+ 120Hz ProXDR dengan LTPO serta kamera hadapan 32MP.

    Pada bahagian belakang, OnePlus 13 dilengkapi dengan sistem kamera tiga lensa Hasselblad termasuk kamera utama 50MP dengan sensor Sony LYT-808 yang menyokong OIS, kamera telefoto 50MP dengan pembesaran 3X Triprism yang juga dilengkapi OIS dan kamera Ultra-Wide 50MP.

    Telefon ini menyokong rakaman video 4K Dolby Vision untuk semua kamera dan ciri AI Telephoto yang diaktifkan secara automatik pada zoom 10x. Selain itu, OnePlus 13 juga dilengkapi dengan ciri-ciri AI yang dikuasakan oleh OnePlus AI melalui OxygenOS 15.

    Kepada yang berminat, OnePlus 13 kini boleh didapati untuk tempahan di semua Kedai Jenama OPPO, My OPPO Space, Pengedar Sah OPPO, Estore rasmi OPPO atau OnePlus di Lazada, Shopee dan TikTok Shop sehingga 10 Januari 2025.

    Spesifikasi lengkap OnePlus 13:

    • Skrin LTPO 4.1 AMOLED bersaiz 6.82 inci, 1 bilion warna, kadar segar semula 120Hz, Dolby Vision, HDR10+, HDR Vivid, resolusi 1440 x 3168 piksel (~510 ppi), kecerahan 800 nits (biasa), 1600 nits (HBM), 4500 nits (puncak) dan Perlindungan Kaca Ceramic Guard
    • Cipset Qualcomm SM8750-AB Snapdragon 8 Elite (3 nm)
    • GPU Adreno 830
    • RAM 16GB
    • Storan 512GB
    • Kamera belakang: 50 MP, f/1.6, 23mm (lebar), OIS + 50 MP, f/2.6, 73mm (periskop telefoto), 3x zoom optik, OIS + 50 MP, f/2.0, 15mm, 120Ëš (ultralebar)
    • Kamera hadapan 32 MP, f/2.4, 21mm (lebar)
    • Bateri kapasiti 6,000 mAh
    • Kadar pengecasan berwayar 100W, wayarles 50W, pengecasan terbalik wayarles 10W dan pengecasan terbalik berwayar 5W
    • Sistem Operasi Android 15 dengan antara muka OxygenOS 15
    • Ciri lain Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac/6/7, Bluetooth 5.4, A2DP, LE, aptX HD, LHDC 5, NFC dengan eSE, HCE, pengimbas cap jari ultrasonik bawah skrin dan rintangan debu/air IP68/IP69 (sehingga 1.5m selama 30 minit)
    • Warna: Black Eclipse, Arctic Dawn dan Midnight Ocean
    • Harga: RM4,399

    Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web rasmi OnePlus Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OnePlus 13 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured