More

    OnePlus 15R akan dilancar pada 17 Disember 2025

    OnePlus bakal melancarkan telefon pintar OnePlus 15R pada hari Rabu, 17 Disember 2025 bersama tablet OnePlus Pad Go 2 dan jam tangan OnePlus Watch Lite. Sebelum pelancarannya pada tarikh tersebut, OnePlus telah mula berkongsi beberapa spesifikasi asas mengenainya, seperti skrin, kapasiti bateri dan cipset.

    OnePlus 15R bakal dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 5 iaitu cipset yang lebih rendah sedikit berbanding cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang banyak dilengkapkan dalam telefon flagship terkini. Cipset itu baru sahaja dilancar pada 26 November lalu.

    Untuk skrin, ia dilengkapi skrin AMOLED dengan resolusi 1.5K, kadar segar semula 165Hz dan kecerahan puncak 1,800 nits.

    OnePlus 15R bakal dilengkapi bateri berkapasiti 7,400mAh. Ini menjadikannya telefon OnePlus dengan kapasiti bateri tertinggi yang dijual di luar China. Ia hanya dikalahkan oleh OnePlus Ace 6T yang mempunyai kapasiti 8,300mAh, namun ia hanya dijual dalam pasaran China sahaja.

    Bateri OnePlus 15R bakal menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 80W. Selain itu, ia masih mampu mengekalkan 80% daripada kapasiti keseluruhannya walaupun dengan penggunaan selama empat tahun. Kandungan anodnya menggunakan kandungan silikon sebanyak 15%.

    Ia akan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan hijau. Ia turut mempunyai rating kalis air IP66, IP68, IP69 dan IP69K.

    Jika anda lebih berminat untuk beli telefon flagship, OnePlus 15 telah pun dilancar untuk pasaran Malaysia pada bulan lalu dan dijual pada harga bermula RM4,399.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: OnePlus X

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured