More

    OnePlus Ace 6 Ultra dilancar dengan cip Dimensity 9500 dan bateri 8600mAh bermula ~RM2,200

    OnePlus secara rasmi memperkenalkan OnePlus Ace 6 Ultra dengan fokus utama pada prestasi ekstrem dalam segmen mercu. Ia dikuasakan cip MediaTek Dimensity 9500 berasaskan proses 3nm yang digandingkan GPU Mali untuk beban grafik tinggi. Peranti turut hadir dengan RAM LPDDR5X Ultra serta storan UFS 4.1 dengan konfigurasi RAM sehingga 16GB dan storan dalaman 1TB.

    OnePlus Ace 6 Ultra menggunakan panel rata 6.78 inci dengan kadar segar semula dinamik sehingga 165Hz, kecerahan puncak 1800 nits, warna 10-bit dengan liputan penuh DCI-P3, teknologi PWM dan DC dimming bersama mod perlindungan mata untuk penggunaan jangka panjang. Salah satu tarikan utama ialah bateri dwi-sel berkapasiti setara sehingga 8,600mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W.

    Ia dilengkapi kamera utama 50MP dengan penstabilan imej optikal (OIS) dan ultra lebar 8MP. Walaupun tiada zum optikal, ia menyokong sehingga 20x zum digital bersama pelbagai mod rakaman termasuk malam, potret dan video profesional. Kamera hadapan pula menggunakan sensor 16MP dengan sokongan AI.

    Untuk sambungan, peranti menyokong 5G, Wi-Fi 7, Bluetooth 6.0 sdan NFC. Tahap ketahanan turut dipertingkat dengan penarafan IP66, IP68 dan IP69 serta menggabungkan bingkai logam dengan kaca diperkuat. Ciri tambahan lain termasuk pembesar suara stereo, motor linear paksi-X untuk haptik lebih responsif dan sistem operasi ColorOS 16 berasaskan Android.

    Model ini ditawarkan di China bermula 3,799 yuan (~RM2,200) untuk varian 12/256GB manakala varian 16/1TB berharga 5,399 yuan (~RM3,100). Turut tersedia pilihan storan 512GB dengan beberapa kombinasi memori lain. Setakat ini, OnePlus Ace 6 Ultra dilihat eksklusif untuk pasaran China.

    Berdasarkan trend terdahulu, siri Ace jarang dibawa ke pasaran global yang menjadikan kebarangkalian pelancarannya di Malaysia agak tipis. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: OnePlus

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured