More

    OnePlus bakal keluarkan model terbaru dengan penutup pada kamera belakang

    Masihkah anda ingat peranti OnePlus Concept One hadir dengan sistem kameranya yang tersembunyi? Nampaknya OnePlus sedang berusaha untuk mencipta telefon pintar lain dengan konsep yang serupa. Reka bentuk terbaru didapati di WIPO (Organisasi Harta Intelek Dunia) menunjukkan telefon pintar dengan kamera yang boleh disorok.

    Seperti yang anda lihat daripada gambar yang dikongsikan, reka bentuk kamera kelihatan seperti model OnePlus 7T. Dalam kes ini, terdapat lebih banyak kamera yang diletakkan ke dalam konfigurasi yang berlainan.

    Dengan menggunakan konsep penutup boleh bergerak dan berputar ke posisi yang berbeza untuk menutup kamera apabila tidak diaktifkan. Persoalannya bagaimana penutup akan beroperasi, sama ada secara manual atau secara automatik? Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi oleh syarikat pengeluar peranti ini.

    Reka bentuk model ini juga menunjukkan bahagian depan peranti, di mana tiada notch atau skrin berlubang (punch-hole) boleh dilihat selain nisbah skrin-ke-badan kelihatan lain dari yang lain!

    Di samping itu, ada kemungkinan bahawa OnePlus sepertinya hadir dengan kamera selfie di bawah skrin dengan reka bentuk sama sebelum ini. Reka bentuk inovatif ini akan mengambil sedikit masa untuk siap sepenuhnya dengan menganggap OnePlus juga berjaya menjadikannya satu kenyataan.

    Adakah anda benar-benar berminat dengan reka bentuk kamera yang boleh disembunyikan seperti ini? Tinggalkan komen anda dan nantikan berita kemas kini terkini di TechNaveBM.com.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...