Pada tahun 2019, Pete Lau selaku Ketua Pegawai Eksekutif OnePlus berkata bahawa beliau tiada rancangan untuk menghasilkan telefon lipat dalam masa terdekat dan mendedahkan dalam satu temu bual bahawa teknologi yang ada tidak cukup baik untuk telefon bimbit yang boleh dilipat. Namun, OnePlus mempunyai kejutan untuk kita esok sesuai dengan gambar ‘acah’ yang dimuatnya awal hari ini.
Akaun Instagram dan Twitter OnePlus USA rasmi berkongsi klip pendek menunjukkan telefon dan tarikhnya iaitu esok, 11 Ogos. Adakah ini bermaksud OnePlus merancang untuk mengumumkan telefon dwi-skrin baharu atau aksesori dua skrin untuk telefon yang sedia ada?
Salah satu sumber yang telah membocorkan beberapa peranti OnePlus sebelum ini mengatakan bahawa gambar acah itu hanyalah dua telefon OnePlus 9 Pro yang digabungkan. Oleh itu, kita tidak perlu menganggap bahawa ini adalah produk baharu.
Ada kemungkinan OnePlus melakukan promosi istimewa yang mana setiap hari Rabu ialah Hari OnePlus iaitu hari tawaran mingguannya. Jadi ini mungkin promo BOGO (Buy One, Get One Free) untuk OnePlus 9 Pro tetapi dengan poster acah khas untuk menarik minat pembeli. Masanya juga sesuai kerana Samsung akan mengumumkan Galaxy Z Fold3 hari ini.
Adakah anda menantikan peranti ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Gizmochina







