More

    OPPO A93 bakal memasuki Malaysia 6 Oktober ini dengan 6 kamera Portrait AI

    OPPO Malaysia bakal melancarkan sebuah lagi telefon kelas pertengahan terbaru mereka yang diberi nama OPPO A93 pada 6 Oktober ini. OPPO A93 ini dilihat mempunyai reka bentuk yang sama seperti OPPO F17 Pro yang telah dilancarkan di India tidak lama lalu.

    Tarikan utama yang pada OPPO A93 ini ialah ia hadir dengan 6 kamera potrait AI, 4 kamera pada bahagian belakang dan dua kamera swafoto. Selain daripada itu, reka bentuk senipis 7.48mm juga bakal menjadi keistimewaan telefon ini. Ia juga dilengkapi dengan RAM 8GB serta storan 128GB.

    Jika telefon ini adalah telefon penjenamaan semula OPPO F17 Pro, ia bakal hadir dengan skrin 6.43 inci Super AMOLED, cipset Mediatek Helio P95, bateri 4,015mAh serta pengecasan pantas 30W.

    Lihat artikel ini untuk spesifikasi penuh OPPO F17 Pro.

    Bagaimana dengan berita terbaru dari OPPO ini? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured