More

    OPPO A96 dijual pada harga RM100 lebih murah di Malaysia

    Hari ini, OPPO Malaysia mengumumkan penurunan harga runcit OPPO A96 di Malaysia sebanyak RM100 mulai hari ini. Oleh itu, harga runcit rasmi baharu untuk telefon pintar kelas pertengahan ini adalah RM1,199.

    Dengan slogan “Gandakan Storan, Gandakan Kegembiraan”, OPPO A96 menawarkan kapasiti storan dalaman 256GB dan RAM 8GB yang boleh dibesarkan dengan fungsi RAM Expansion sebanyak 5GB, menjadikan RAM keseluruhan sebanyak 13GB.

    Rekaan belakang OPPO A96

    Skrin OPPO A96 pula mempunyai panel LCD dengan gamut warna NTSC 96%, DCI-P3 100% dan Adaptive Refresh Rate untuk melaraskan kadar segar semula mengikut kandungan yang dipaparkan agar bateri boleh dijimatkan. Rekaan telefon ini dibuat dengan OPPO Glow Design yang tidak meninggalkan kesan cap jari dan ditawarkan dalam pilihan warna Starry Black atau Pearl Pink.

    Spesifikasi penting peranti lain termasuk cipset Qualcomm Snapdragon 680, dwi-pembesar suara, bicu audio 3.5mm, bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas SUPERVOOC 33W dan sistem operasi ColorOS 11.1 berdasarkan Android 11.

    Lihat ulasan telefon pintar kami di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai A96. Jika anda berminat untuk membeli peranti itu, ia boleh didapati dengan harga runcit baharu RM1199 di OPPO A96 di semua My OPPO Space, kedai jenama OPPO, kedai dalam talian rasmi OPPO, peniaga sah OPPO, rakan kongsi kedai rangkaian dan rakan kongsi E-dagang seperti Shopee dan Lazada.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...