More

    OPPO Enco Buds2 Pro dan Air3s dilancar di Malaysia: Fon telinga wayarles bermula RM169

    Selain melancarkan siri telefon pintar OPPO Reno11 dan tablet OPPO Pad Neo, OPPO Malaysia turut melancarkan dua pasang fon telinga wayarles baharu iaitu OPPO Enco Buds2 Pro dan OPPO Enco Air3s.

    OPPO Enco Buds2 Pro

    Fon telinga wayarles ini dilengkapi pemacu 12.4mm yang agak besar untuk menghasilkan pengalaman audio yang lebih tinggi, manakala diaphragm dibuat daripada titanium untuk tindak balas yang lebih pantas.

    Audionya boleh ditala dengan Enco Master Equaliser yang menyediakan tiga profil bunyi iaitu Balanced, Bass dan Bold. Apabila fon telinga ini dihubungkan dengan telefon pintar OPPO, ia boleh mengaktifkan Dolby Atmos dan Dirac Audio Tuner untuk pelarasan audio yang lebih teliti.

    Ia boleh dihubungkan kepada telefon, tablet atau komputer melalui Bluetooth 5.3 dengan kependaman (latency) serendah 94ms supaya audionya tidak mengalami sela masa (lag) sewaktu bermain game atau menonton video. Baterinya boleh bertahan sehingga lapan jam jika mendengar fon telinga sahaja atau sehingga 38 jam jika digabungkan dengan bateri dalam bekas pengecas.

    Sewaktu membuat panggilan telefon, ia mempunyai dwi-mikrofon dengan AI Clear Call Algorithm yang boleh memisahkan suara manusia daripada bunyi bising persekitaran untuk kualiti panggilan yang lebih jelas. Ia juga boleh mengurangkan bunyi bising yang datang daripada aliran angin.

    Fon telinga ini mempunyai berat 4.3 gram sahaja dan mempunyai rating kalis air dan debu IP55. Ia ditawarkan dalam pilihan warna putih Granite White dan hitam Graphite Black.

    OPPO Enco Buds2 Pro akan dijual pada harga RM169.

    OPPO Enco Air3s

    Fon telinga wayarles ini direka khas untuk menjadi aksesori kepada siri telefon pintar OPPO Reno11 Series. Ia mempunyai warna Champagne Gold dengan rating kalis air IP54, manakala beratnya hanya sekadar 3.7 gram untuk sebelah fon telinga.

    "
    "

    Ia dilengkapi pemproses HiFi 5 DSP (digital signal processor), pemacu Large Composite Driver 13.4mm dan fungsi OPPO Alive Audio untuk menghasilkan audio berkualiti tinggi. HiFi 5 menawarkan pemprosesan audio lebih tinggi sebanyak 25 kali ganda sambil meningkatkan hayat bateri sebanyak 50%.

    Ia turut dilengkapi DNN Noise Cancellation for Calls bagi menyediakan kualiti suara yang lebih jelas sewaktu membuat panggilan telefon.

    Fon telinga ini boleh dihubungkan kepada pelbagai peranti melalui hubungan Bluetooth 5.3 dan Google Fast Pair untuk hubungan pantas. Ia juga boleh dihubungkan kepada dua peranti serentak untuk penukaran audio yang lebih lancar di antara kedua-dua peranti tersebut.

    Baterinya pula boleh bertahan sehingga enam jam jika menggunakan fon telinga sahaja, atau sehingga 25 jam jika digabungkan dengan bekas pengecas. Sewaktu mengecas pula, pengecasan selama 10 minit sahaja sudah cukup untuk penggunaan selama dua jam.

    OPPO Enco Air3s akan dijual pada harga RM249.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana fon telinga di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...