More

    OPPO Find N3 Flip akan dilancar di Malaysia dalam masa terdekat

    Telefon pintar lipat OPPO Find N3 Flip telah diperkenalkan buat kali pertama di China pada bulan Ogos lalu, dan kini OPPO Malaysia mengesahkan bahawa telefon itu akan dilancar untuk pasaran tempatan dalam masa terdekat.

    Untuk mereka yang tidak tahu, OPPO Find N3 Flip adalah telefon lipat dengan mekanisme clamshell, dengan engsel yang mendatar seperti Samsung Galaxy Z Flip5. Seperti dalam Find N2 Flip sebelum ini, ia mempunyai skrin utama yang boleh dilipat dan sebuah skrin di bahagian luar.

    Skrin utamanya berukuran 6.8 inci dengan panel AMOLED, resolusi 1080 x 2520 dan kadar segar semula sehingga 120Hz. Skrin luaran pula berukuran 3.26 inci, sama seperti Find N2 Flip.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset MediaTek Dimensity 9200, RAM LPDDR5X, storan UFS 4.0, bateri 4,300mAh dan pengecasan pantas 44W. Harganya untuk pasaran China bermula daripada CNY6,799 (~RM4,330). Sebagai rujukan, Find N2 Flip telah dilancar untuk pasaran Malaysia pada bulan Mac lalu dengan harga bermula daripada RM3,999, jadi kita boleh andaikan harga Find N3 Flip untuk berada pada titik yang serupa.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured