More

    OPPO Find N5 sebagai telefon lipat ternipis di dunia bakal dilancar Februari ini

    OPPO baru-baru ini mengumumkan pelancaran telefon boleh lipat mereka, OPPO Find N5 yang bakal didedahkan sepenuhnya pada Februari di China. Pendedahan awal dan poster menunjukkan reka bentuknya yang unik dan inovatif.

    Menurut Ketua Pegawai Produk OPPO, Pete Lau, Find N5 akan menjadi telefon boleh lipat paling nipis di dunia dengan ketebalan kurang daripada 4mm apabila terbuka dan di bawah 10mm apabila dilipat. Dibandingkan dengan ketebalan pensel biasa (7mm), telefon ini benar-benar memecahkan rekod.

    Telefon ini menggunakan binaan titanium untuk meningkatkan ketahanan dan mungkin memiliki penarafan IPX8, berbeza dengan model sebelumnya iaitu Find N3 yang tidak mempunyai penarafan kalis air. Find N5 juga bakal hadir dengan spesifikasi menarik termasuk bateri besar 6,000mAh, pengecasan pantas hingga 100W, pengecasan wayarles magnetik 50W serta cipset Snapdragon 8 Elite.

    Ia dijangka beroperasi pada sistem Android 15 berasaskan ColorOS 15. Daripada segi paparan, skrin dalaman Find N5 menyokong resolusi 2K manakala sistem kameranya terdiri daripada tiga lensa 50MP dengan kemampuan zum optik 3x.

    Selain Find N5, OPPO dilaporkan merancang melancarkan siri jam tangan pintar OPPO Watch X3 secara serentak pada Februari. Model lain seperti Find X8 Ultra dan X8 Mini dijangka menyusul pada bulan Mac. Telefon ini juga dijangka dipasarkan secara global termasuk Asia Tenggara dengan kemungkinan dijenamakan semula sebagai OnePlus Open 2 di pasaran seperti Amerika Syarikat, Eropah dan India.

    Pelancaran ini mencerminkan komitmen OPPO untuk terus memperkenalkan teknologi inovatif di peringkat global. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...