More

    OPPO Find X7 akan menawarkan fungsi komunikasi satelit

    OPPO mengesahkan bahawa mkereka akan melancarkan telefon pintar andalan (flagship) yang seterusnya, OPPO Find X7, namun tarikh pelancarannya masih belum diumumkan. Kini dalam sebuah poster yang dikongsi dalam laman media sosial Weibo, OPPO mengesahkan bahawa Find X7 bakal menawarkan fungsi komunikasi satelit.

    Ini membenarkan OPPO Find X7 untuk menghantar mesej walaupun sewaktu ia berada di kawasan yang tidak menerima liputan telekomunikasi yang biasa. OPPO tidak menyatakan kegunaan untuk fungsi satelit ini, namun besar kemungkinan ia adalah untuk kegunaan ringkas pada waktu kecemasan sahaja seperti dalam siri iPhone 15.

    Poster OPPO tentang komunikasi satelit dalam Find X7

    Ia mungkin akan menggunakan perkhidmatan permesejan satelit BeiDou seperti yang digunakan dalam HUAWEI Mate 60. Jika demikian, ini bermaksud ia hanya boleh digunakan dalam China sahaja.

    Beberapa model telefon andalan akan datang dijangka akan menawarkan fungsi komunikasi satelit, seperti siri Samsung Galaxy S24 dan vivo X100.

    Spesifikasi lain yang dijangka untuk Find X7 termasuklah cipset MediaTek Dimensity 9300 dan sistem kamera Hasselblad yang diperbaharui. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured