More

    OPPO Find X7 mungkin bawa empat kamera dalam modul oktagon pada awal 2024

    Baru-baru ini, OPPO telah melancarkan telefon pintar baharunya, OPPO Reno 11 dan Reno 11 Pro di China yang dikuasakan oleh Snapdragon 8 Gen 3 atau Dimensity 9300. Kini, jenama itu dijangka mendedahkan siri OPPO Find X7, telefon andalan baharu pada suku pertama 2024.

    Ia dijangka akan membawa reka bentuk belakang baharu di mana imej yang bocor di Weibo kononnya menunjukkan Find X7 Pro dengan modul kamera segi lapan (oktagon), bercanggah dengan kebocoran sebelumnya yang mencadangkan modul bulat seperti siri Find X6.

    Imej menunjukkan persediaan empat kamera yang terdiri daripada kamera utama LYT-900 50MP dengan OIS dan susunan telefoto periskop yang unik. Walaupun peranti itu mungkin menampilkan cipset Snapdragon 8 Gen 3, spesifikasi lain masih tidak didedahkan.

    Siri OPPO Find X7 dijangka akan dilancarkan pada akhir Januari atau awal Februari 2024. Persoalannya, adakah telefon ini akan turut dilancarkan ke Malaysia? Kongsi pendapat anda anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...