More

    OPPO Find X8 dilengkapi Dimensity 9400 bakal dilancar pada 24 Oktober ini

    OPPO menjadi syarikat pertama yang mengesahkan akan menggunakan cipset Dimensity 9400 dalam barisan peranti perdananya. Barisan Find X8 akan menggunakan cipset Mediatek terbaharu ini dan akan dilancarkan secara rasmi di China pada 24 Oktober 2024.

    Siri ini juga akan membawakan ColorOS 15 iaitu antara muka pengguna berasaskan Android 15 OPPO. Pengumuman itu dibuat hanya beberapa jam selepas Mediatek melancarkan Dimensity 9400 secara rasmi. OPPO tidak mendedahkan sebarang butiran lanjut tentang barisan Find X8 tetapi kami menjangkakan tiga telefon bakal dilancar iaitu standard, Pro dan Ultra.

    Dua yang pertama mungkin akan dikuasakan oleh cip baharu manakala Ultra mungkin mempunyai Snapdragon 8 Gen 4. Pengumuman ColorOS 15 menjanjikan antara muka tiga lapisan yang menjadikan telefon lebih cekap, lancar dan berprestasi.

    Sama-sama nantikan kemunculan Find X8 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...