More

    OPPO Find X8 Ultra kini pegang takhta untuk segmen kamera terbaik 2025

    OPPO terus mengukuhkan kedudukannya dalam segmen telefon pintar premium apabila model terbaharu Find X8 Ultra mencatat keputusan memberangsangkan dalam ujian kamera yang dijalankan oleh pihak industri. Menurut laporan, peranti ini meraih skor tinggi dalam hampir semua kategori utama.

    Ciri potret pada Find X8 Ultra dipuji kerana keupayaannya menghasilkan kesan latar belakang kabur yang semula jadi serta pemisahan subjek yang tepat. Tona kulit juga kekal konsisten walaupun dalam pencahayaan tidak sekata menjadikan skor 159 yang dicapainya antara yang tertinggi setakat ini.

    Dengan dua lensa telefoto masing-masing pada panjang fokal 70mm dan 135mm, telefon ini berjaya menangkap butiran yang tajam pada pelbagai tahap zum. Antara skor yang diperoleh termasuk:

    • Foto: 170
    • Video: 166
    • Zum: 151
    • Potret: 159
    • Cahaya rendah: 146
    • Luar bangunan: 182
    • Dalam bangunan: 172

    Warna dan pencahayaan juga kekal tepat termasuk dalam keadaan cahaya malap. Sensor utama menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam persekitaran gelap dan mengatasi model seperti Xiaomi 15 Ultra serta iPhone 16 Pro Max dalam beberapa ujian. Rakaman video 4K pada sehingga 120fps serta sokongan Dolby Vision HDR menjadikan Find X8 Ultra sebagai pilihan sesuai untuk pengguna profesional dan kasual.

    Video yang dihasilkan kelihatan jelas dengan autofokus pantas serta tahap hingar rendah walaupun dalam keadaan cahaya malap. Mod makro yang menggunakan lensa ultra lebar dan telefoto turut memberikan hasil yang tajam dan terang. Meskipun terdapat sedikit isu seperti peralihan warna dan kekaburan dalam gambar berkumpulan, ia tidak menjejaskan keseluruhan pengalaman pengguna.

    Perbandingan bersama model seperti Vivo X200 Ultra dan Xiaomi 15 Ultra turut menunjukkan bahawa OPPO Find X8 Ultra mampu berdiri setanding, malah lebih unggul dalam beberapa aspek teknikal.

    Sumber: DXOMARK

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured