More

    OPPO Find X9 Ultra sah bakal dilancar secara global pada 21 April ini

    OPPO secara rasmi mengumumkan pelancaran global telefon mercu generasi baharu OPPO Find X9 Ultra yang dijadualkan berlangsung pada 21 April 2026. Ia tiba sebagai lonjakan besar dalam teknologi fotografi telefon pintar dengan OPPO menyifatkannya sebagai antara inovasi paling signifikan dalam sejarah siri Find X.

    Antara fokus utama model ini ialah sistem telefoto baharu yang dibangunkan bersama Hasselblad. Ia dilengkapi sensor 50MP Ultra-Sensing dengan keupayaan 10x zoom optikal sebenar serta sokongan sehingga 20x zoom berkualiti optikal. Untuk mencapai tahap ini, OPPO memperkenalkan struktur Quintuple Prism Reflection Periscope yang memantulkan cahaya melalui lima laluan berbeza dalam modul kamera bagi memanjangkan jarak optikal tanpa menambah saiz fizikal peranti.

    Dari segi pemprosesan imej, OPPO turut memperkenalkan seni bina Pristine Optical Path yang direka untuk memastikan data imej yang lebih bersih dan tepat sampai ke sensor. Sistem menggabungkan struktur prisma berbilang komponen bersama diafragma berskala nanometer dan kapsul udara khas bagi mengurangkan distorsi serta meningkatkan kualiti imej khususnya pada tahap zoom tinggi.

    Bagi memastikan kestabilan ketika penggunaan zum jauh, ia turut dilengkapi sistem penstabilan Sensor Shift baharu yang menawarkan julat penstabilan lebih luas. Teknologi ini membantu mengurangkan gegaran tangan dan menghasilkan imej serta video yang lebih tajam walaupun pada jarak fokus panjang.

    OPPO Find X9 Ultra akan diperkenalkan secara rasmi pada acara pelancaran global pada 21 April ini dengan maklumat lanjut termasuk spesifikasi penuh dan ketersediaan dijangka diumumkan pada tarikh tersebut. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: X OPPO

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured