More

    OPPO lancarkan ColorOS 14 versi global – Inilah perkara baharu dan garis masa kemas kini

    OPPO mula melancarkan ColorOS 14 berdasarkan Android 14. Kemas kini ini disertakan dengan tampung keselamatan Oktober dan kini sepatutnya tersedia di Find N2 Flip di kawasan terpilih. Terdapat kemas kini juga untuk telefon OPPO lain pada garis masa pelancaran beta yang menjangkau sehingga April.

    Beta awam ColorOS 14 telah dilancarkan pada bulan Oktober untuk siri Find X5, Reno 10 Pro Plus, Reno 8 Pro, OPPO A77 dan OPPO A57. Pengumuman hari ini membawa versi perisian yang stabil hanya untuk Find N2 Flip. Anda boleh menyemak garis masa pelancaran di bawah.

    Untuk ColorOS 14, Enjin Trinity telah dinaik taraf. ROM Vitalization memampatkan data aplikasi dan fail serta boleh menjimatkan sehingga 20GB storan pada telefon biasa. RAM Vitalization menukar mekanisme RAM Android dengan mekanisme yang lebih mahir terutamanya dalam mengekalkan aplikasi latar belakang dalam RAM. 

    Komponen ketiga dan terakhir ialah CPU Vitalization yang mengimbangi prestasi cipset dan penggunaan kuasa. ColorOS kini menampilkan sistem Pengecasan Pintar yang menggunakan algoritma AI untuk menetapkan arus pengecasan berdasarkan penggunaan telefon. Ini bertujuan untuk mengurangkan kerosakan bateri.

    Penyimpan Gambar ditambahkan pada senarai ciri privasi. Ini menambahkan kebenaran tambahan untuk mengakses foto dan video terpilih pada peranti anda. Smart Image Matting pula membolehkan pengguna memotong (crop) subjek lain daripada imej.

    Sentuhan Pintar baharu membantu pengguna memilih teks, imej dan video daripada aplikasi asli dan pihak ketiga serta mengumpulnya dalam Dok Fail. Kegunaan Dok Fail adalah seperti papan keratan yang membolehkan anda menyimpan kandungan untuk kegunaan kemudian. Ini disegerakkan antara peranti ColorOS.

    Terdapat juga pintasan Snapchat pada skrin kunci untuk akses yang lebih pantas. Selain itu, terdapat widget Snapchat untuk Shelf yang memberikan anda kemas kini sepintas lalu pada mesej dan status baharu serta lokasi rakan terdekat anda.

    OPPO menggunakan reka bentuk yang dipanggil Aqua Dynamic untuk koleksi gelembung biasa, kapsul dan panel yang muncul dari bar status untuk memaparkan fungsi dengan gangguan yang minimum. Pengguna juga boleh menggunakan pelekat Bitmoji yang akan dikemas kini secara automatik sepanjang hari berdasarkan aktiviti anda.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook pendapat anda tentang kemas kini ColorOS 14 baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: OPPO

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured