More

    OPPO Football Fever Mid-Year Sale tawarkan diskaun sehingga RM200!

    Sempena kehangatan Liga Juara-Juara UEFA yang sedang berlangsung, OPPO telah mengumumkan Football Fever Mid-Year Sale untuk 2024 dengan membawakan pelbagai promosi menarik di seluruh Malaysia. Mulai hari ini hingga 9 Jun 2024, OPPO membuat promosi eksklusif seperti Jualan Kilat, Penurunan Harga dan Ketibaan Peranti Baharu.

    Pembelian OPPO Reno11 dan Reno11 F akan menerima rebat segera RM100 dengan masing-masing berharga RM1,799 (harga asal RM1,899) dan RM1,299 (harga asal RM1,399). Sementara itu, OPPO A79 kini boleh didapati dengan harga hanya RM999 selepas diskaun RM200.

    Untuk ketibaan telefon baharu, OPPO telah mengumumkan A60 yang hadir dengan reka bentuk tahan lama yang diperakui dengan Rintangan Kejutan Gred Tentera AS. Ia tersedia dengan harga RM699 untuk storan 8/128GB dan RM799 untuk storan 8/256GB.

    Tambahan, OPPO A38 yang menampilkan pengecasan SUPERVOOCTM 33W dan kamera AI 50MP kini berharga RM549. Terakhir, OPPO A18 boleh didapati pada harga RM459. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tawaran ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...