More

    OPPO Malaysia anjurkan promosi My OPPO Members’ 2023 Anniversary, tawarkan diskaun sehingga RM200

    OPPO Malaysia kini sedang menganjurkan kempen promosi khas My OPPO Members’ 2023 Anniversary yang akan berlangsung sehingga 31 Oktober 2023. Dengan promosi ini, pelanggan berpeluang untuk dapatkan harga diskaun serta memenangi hadiah menarik dengan membeli produk OPPO.

    Untuk menyertai promosi ini, pelanggan boleh membeli mana-mana telefon pintar OPPO dan anda akan diberi peluang untuk menyertai cabutan bertuah, di mana pemenang boleh memenangi pelbagai hadiah bernilai RM300 seperti gimbal telefon pintar, pengecas wayarles LED, fon telinga wayarles dan banyak lagi.

    Di samping itu, OPPO turut menawarkan diskaun khas untuk telefon pintar OPPO Reno10 Pro 5G yang menurunkan harga jualannya sebanyak RM200. Ini bermaksud Reno10 Pro 5G akan dijual pada harga RM1,999 sahaja (harga asal RM2,199).

    Promosi ini boleh disertai dalam aplikasi My OPPO App, dalam ruangan “Activities”. Anda boleh daftarkan diri sebagai ahli My OPPO Members dan anda berpeluang untuk dapatkan lebih banyak diskaun untuk telefon lain iaitu:

    • OPPO Reno10 5G: RM1,699 (harga asal RM1,799)
    • OPPO Reno10 Pro+ 5G: RM3,299 (harga asal RM3,499)

    Selain telefon-telefon di atas, OPPO juga telah menurunkan harga untuk OPPO A78 secara tetap, daripada RM999 kepada RM899 sahaja.

    OPPO juga akan menganjurkan promosi Pembelian dengan Pembelian (PWP), di mana dengan setiap pembelian telefon pintar OPPO, anda boleh dapatkan diskaun untuk fon telinga wayarles atau jam tangan pintar terpilih sebanyak RM50. Berikut adalah aksesori yang terlibat dalam promosi ini:

    • OPPO Band 2: RM199 (harga asal RM249)
    • OPPO Enco Air3: RM199 (harga asal RM249)
    • Imoo Z1: RM449 (harga asal RM499)

    Layari laman web OPPO Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi OPPO ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured