More

    OPPO mungkin sedang bangunkan peranti penjejak seperti Apple AirTag dan Galaxy SmartTag

    OPPO dilaporkan sedang membangunkan sebuah peranti penjejak (tracking device) Bluetooth yang membolehkan pengguna untuk menjejak objek yang dipautkan dengan peranti tersebut. Berita ini muncul sehari selepas Apple melancarkan peranti penjejak AirTag dan ini mungkin bakal menjadi trend terbaru dalam industri teknologi.

    Pengkhabar berita teknologi Digital Chat Station telah mendedahkan bahawa OPPO sedang membangunkan peranti penjejak berasaskan ultrawide band dan turut berkongsi dua gambar untuk produk tersebut. Ia lebih menyerupai Galaxy SmartTag oleh Samsung kerana ia mempunyai port USB-C, berlainan dengan Apple AirTag yang memerlukan bateri pakai buang.

    Kita mungkin boleh jangkakan pelbagai jenama elektronik untuk menghasilkan peranti penjejak mereka sendiri, sama seperti trend fon telinga wayarles yang menjadi popular selepas Apple melancarkan AirPods pada 2016. Sebagai rujukan, Galaxy SmartTag dijual pada harga RM209 manakala Apple AirTag pula pada harga RM149.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured