More

    Pandangan: Naik taraf penting pada kamera siri iPhone 12 yang dianggap padu

    Siri iPhone 12 kini tiba dengan jayanya walaupun pandemik masih melanda dalam tahun 2020 ini. Selain dari naik taraf perkakas seperti A14 Bionic, 5G dan kemunculan semula reka bentuk rata sisi iPhone 4, terdapat juga beberapa naik taraf kamera yang didakwa beri kesan besar kepada ‘iphonegrapher’ di seluruh dunia.

    Kami masih tidak mendapat siri iPhone 12 di tangan kami, jadi kesemua maklumat ini hanyalah pandangan dan perbincangan kami sahaja sebagai peminat peranti berfokuskan fotografi dan videografi. Apabila peranti ini berada di tangan kami, kami berharap agar dapat menguji naik taraf kamera penting pada siri iPhone 12 yang dianggap padu ini.

    Sensor LiDAR

    Light Detection and Ranging atau sensor LiDAR kini tampil pada varian atasan peranti seperti iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max. Ia menawarkan autofokus 6 kali lebih pantas dalam keadaan gelap untuk fotografi dan rakaman video. Walaupun fungsi imbasan keadaan sekeliling untuk maklumat kedalaman kelihatan seakan sama dengan sensor ToF atau Time of Flight, sensor LiDAR adalah lebih tepat kerana ia menghantar denyut sinar (pulse ray), bukan satu denyut kilat (single flash pulse) seperti sensor ToF.

    Ini bermakna anda akan mendapat gambar dan video yang lebih cantik dalam keadaan gelap atau keadaan kurang cahaya dengan kewujudan LiDAR. Namun, LiDAR sebenarnya direka untuk AR atau realiti terimbuh yang lebih tepat. Untuk itu, jika anda suka melihat objek virtual dalam keadaan sebenar, sensor LiDAR akan membawa anda ke tahap yang seterusnya. Kami tidak sabar untuk melihat apa tindakan Adobe seterusnya memandangkan anda sebenarnya boleh mengedit hujan meteor atau langit biru melalui aplikasi Photoshop Camera. Kita tunggu dan lihat.

    Sensor Shift pada OIS

    Tampil pada varian tertinggi iPhone 12 Pro Max, Sensor Shift pada OIS atau Penstabilan Imej Optikal adalah jawapan Apple untuk teknologi penstabilan kamera seperti gimbal terbina dalam dan steady shot. Pengguna dengan genggaman tangan yang menghasilkan gegaran bukan sahaja mendapat rakaman lebih baik, tetapi warna dan butiran yang lebih jelas.

    Teknologi ini sebelumnya digunakan dalam kebanyakan DSLR dan kamera tanpa cermin (mirrorless). Untuk iPhone 12 Pro Max, ia sepatutnya menunjukkan hasil video dan gambar yang kurang kabur berbanding kualiti terkini pada iPhone 11 Pro Max. Ia juga sepatutnya mengurangkan hingar dan memperbaik kejelasan (clarity), sesuatu yang sememangnya terkenal dengan iPhone, terutama dalam keadaan kurang cahaya.

    Rakaman video 10-bit Dolby Vision

    Sekali lagi, ciri yang hanya ada pada iPhone 12 Pro Max, 10-bit Dolby Vision pertama kali ditampilkan untuk kamerafon. Mengorak langkah yang lebih tinggi dari HDR10, Dolby Vision menjanjikan warna yang lebih jelas dan baik dalam rakaman video. Berbanding kekaburan yang comot seperti pada rakaman bunga api, anda akan dapat melihat percikan bunga api sama seperti mata anda lihat dalam keadaan sebenar.

    Sebagai tambahan, rakaman video 10-bit Dolby Vision hadir dengan resolusi 4K pada 60fps untuk video ultra lancar dengan definisi ultra tinggi yang anda mahu. Semoga anda temui TV yang menyokong ciri ini, tetapi ciri yang sebenarnya untuk pengguna dan perakam video yang gemar merakam pada waktu malam atau dalam keadaan cahaya kurang ini akan memberi kepuasan ekstrem.

    "
    "

    Night Mode untuk segalanya

    Pada siri iPhone 11 yang lalu, ciri Night Mode sudah sememangnya baik, tetapi hanya berfungsi untuk kamera belakang. Dengan siri iPhone 12, Night Mode bukan sahaja tersedia pada kamera hadapan, tetapi untuk lensa ultra lebar dan time-lapse. Ini adalah kamera-kamera yang biasa digunakan oleh ‘iphonegrapher’.

    Melihat kepada Night Mode pada siri iPhone 11 terdahulu, Night Mode untuk siri iPhone 12 seperti membolehkan anda mengambil swafoto yang cerah pada waktu siang walaupun dalam keadaan gelap sepenuhnya. Tangkapan swafoto berkumpulan di dalam tempat gelap juga akan menghasilkan gambar yang baik seperti hasil gambar dari kamera telefoto biasa. Rakaman time-lapse matahari terbena juga akan berada pada tahap yang seterusnya… harapnya begitulah.

    Terang lagi bersuluh, tiada sesiapa pun yang berpeluang melihat siri iPhone 12 secara dekat setakat ini, MKBHD pun belum melihatnya. Jadi, kesemua yang ditulis ini hanyalah harapan kami berdasarkan maklumat yang dibekalkan oleh Apple pada pelancaran iPhone 12. Kami akan mengujinya apabila siri iPhone 12 tiba di tangan kami. Berdasarkan pandangan kami, jika anda adalah seorang juru gambar berfokuskan video, iPhone 12 yang sesuai dengan anda adalah iPhone 12 Pro Max.

    Tentunya, ia adalah varian termahal dalam siri iPhone 12 dengan harga di pasaran Malaysia sebanyak RM5,299 untuk storan 128GB. Kami akan menulis lebih banyak mengenai siri iPhone 12 pada masa akan datang, namun yang ditulis kali ini adalah berkisar kepada kamera-kameranya.

    Satu lagi…. Untuk jurugambar berfokuskan video

    Untuk kami, naik taraf besar yang perlu ada adalah ciri penyunting video atau keupayaan untuk menyunting video di telefon (bermakna penyunting video asal perlulah baik, betul?). Kami pernah menyatakan perkara ini dalam ulasan lepas, kenapa perisian penyunting video/gambar terbina dalam di telefon mempunyai kelemahan dalam aspek penting (seperti penukaran saiz gambar, antara muka yang baik dan lain-lain) berbanding penyunting video yang ada pada aplikasi pihak ketiga?

    Logiknya ringkas, jika anda ada penyunting gambar dan video baik yang terbina dalam telefon, tentunya anda akan lebih ingin mempertimbangkan pembelian telefon memandangkan anda suka mengambil gambar dan video. Jenama telefon pintar sepertinya mempunyai masa untuk memberi perubahan kepada aspek ini (termasuk Apple), jadi kenapa mereka mengambil masa yang lama untuk memberi perisian penyunting video yang baik di telefon? Mungkin kita boleh berharap agar ada jenama yang akan menyedari hal ini.

    Perkara yang anda wajib tahu mengenai siri iPhone 12!

    Apakah pandangan anda? Adakah tambahan RM400 untuk iPhone 12 Pro Max berharga RM5,299 berbanding iPhone 12 Pro berharga RM4,899 berbaloi untuk ciri kamera baru ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...