More

    Pelan iCloud+ 6TB dan 12TB Apple kini tersedia, bermula RM120.90/bulan

    Sekiranya anda terlepas pandang, Apple telah menambah dua pelan iCloud+ baharu untuk pengguna iCloud. Selain pengumuman siri iPhone 15, kedua-dua pelan baharu ini kini tersedia yang mana ia baru dilancarkan pada 18 September 2023.

    Anda boleh melanggan sama ada pakej iCloud+ 6TB atau 12TB. Untuk semakan, anda perlu pergi ke bahagian iCloud+ pada Apple iPhone atau iPad anda dan ia akan menunjukkan kepada anda harga rasmi. Untuk pelan 6TB, ia akan menjadi RM129.90 sebulan manakala pelan 12TB berharga RM269.90 sebulan.

    Apple juga menambah tips di bawah pelan yang menerangkan rancangan yang sesuai untuk pengguna seperti pencipta kandungan atau pengguna standard. Pada bulan Jun, Apple menaikkan harga pelan iCloud+ 2TB daripada RM39.90 kepada RM44.90 sebulan. 

    Pelan 50GB dan 200GB bagaimana pun tidak berlaku perubahan dengan masing-masing berharga RM3.90 dan RM11.90 sebulan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured