More

    Pelan pascabayar mudah alih terbaik untuk mereka yang ingin berjimat, setakat Julai 2023

    Bulan Julai 2023 kini semakin menghampiri penamatnya dan pelbagai peranti telah dilancar sepanjang bulan ini, seperti siri telefon lipat Samsung Galaxy Z Flip5 dan Samsung Galaxy Z Fold5,telefon pintar kelas pertengahan HONOR 90 serta banyak lagi.

    Jika anda telah membeli telefon baharu sepanjang bulan lalu, pasti anda ingin memadankannya dengan pelan telko yang sesuai. Jika anda tidak menukar telefon pun, mungkin anda ingin menukar kepada pelan telko yang lebih mampu milik. Tidak kisahlah apa kehendak anda, berikut adalah panduan untuk pelan telko pascabayar yang mesra bajet, setakat Julai 2023:

    Pilihan pascabayar terbaik bawah RM60

    Untuk kategori bawah RM60 sebulan, kami menambahkan dua lagi pilihan untuk senarai pada Julai 2023 iaitu Digi Postpaid 40 dan Digi Postpaid Infinite 55. Selain daripada itu, tidak banyak perubahan yang ditawarkan oleh pelan pascabayar sedia ada.

    Jadi pelan manakah yang sesuai untuk anda? Digi Postpaid 40 menawarkan nilai yang bagus jika anda tidak memerlukan banyak data dan anda berada dalam kawasan liputan Digi. Namun anda perlu tahu bahawa kuota 20GB daripada jumlah 30GB itu adalah bonus untuk 12 bulan pertama, jadi anda perlu bayar lebih selepas tempoh 12 bulan itu tamat. Anda juga boleh dapatkan Unifi Uni5G Postpaid 65 jika anda tidak ingin diikat dengan kontrak.

    Untuk mereka yang gemarkan data tanpa had, anda mungkin ingin pilih Digi Postpaid Infinite 55. Jika anda inginkan lebih banyak data dengan harga yang lebih murah, U Mobile U Postpaid 38 dan Yes Power 35 adalah pilihan yang sesuai.

    • Digi Postpaid 40 (RM60 sebulan) – Data 4G 30GB (30GB + bonus 20GB untuk 12 bulan pertama), panggilan telefon tanpa had, 10 sen untuk satu SMS, percuma data 20GB atau streaming/media sosial/gaming tanpa had selama 12 bulan
    • Digi Postpaid 60 (RM60 sebulan) – Data 4G 50GB (30GB + bonus 20GB untuk 12 bulan pertama), panggilan telefon tanpa had, 10 sen untuk satu SMS, percuma data 20GB atau streaming/media sosial/gaming tanpa had selama 12 bulan
    • Digi Postpaid Infinite 55 (RM60 sebulan) – Internet tanpa had (@6Mbps), panggilan telefon tanpa had, hotspot 10GB, 10 sen untuk satu SMS, baucar peranti percuma
    • U Mobile U Postpaid 38 (RM38 sebulan) – Data 4G/5G 60GB, panggilan telefon tanpa had, ultra hotspot 5G
    • Unifi Uni5G Postpaid 65 (RM55 sebulan) – Data 4G/5G 60GB, panggilan telefon tanpa had, hotspot wayarles 10GB, 15 sen untuk satu SMS, tiada kontrak
    • Yes Power 35 (RM35 sebulan) – Data 4G/5G 100GB, kelajuan internet tidak dihadkan, panggilan telefon tanpa had
    • Yes Infinite Basic (RM58 sebulan) – Data 4G/5G tanpa had, tanpa had kelajuan, panggilan telefon tanpa had, hotspot wayarles 20GB
    Digi Postpaid 40 dan Digi Postpaid 60
    Digi Postpaid Infinite 55 dan U Mobile U Postpaid 38
    Unifi Uni5G Postpaid 65
    Yes Power 35 dan Yes Infinite Basic

    Pilihan pascabayar bawah RM100

    Untuk kategori bawah RM100 pula, bulan Julai tidak menyaksikan sebarang perubahan yang ketara untuk pelan pascabayar sedia ada. Pada masa yang sama, kami juga tidak melihat sebarang promosi atau pelan baharu dalam masa tersebut. Memandangkan hal demikian, kami mengekalkan senarai yang telah diberikan pada bulan Jun lalu.

    Pelan U Mobile U Postpaid 98 kekal sebagai pelan untuk mereka yang mengutamakan kuota data tinggi dengan kelajuan internet pantas, jadi anda boleh pilih pelan ini jika anda berada bawah liputan U Mobile. Sementara itu, Digi Postpaid 90 juga adalah pelan yang bagus kerana ia menawarkan nilai yang tinggi dengan promosi terkini, termasuklah data 100GB melalui naik taraf dalam aplikasinya.

    • Celcom MEGA Lightning 80 (RM80 sebulan) – Data berkelajuan tinggi 50GB, panggilan telefon tanpa had, 20 sen untuk satu SMS, satu kandungan VR percuma, satu bulan langganan Blacknut Cloud Gaming, akses 5G percuma (untuk masa terhad) bonus data 10GB (pendaftaran dalam kedai sahaja)
    • Celcom MEGA Unlimited 98 (RM98 sebulan) – Tiada had untuk video HD/gaming/muzik, panggilan telefon tanpa had, 20 sen untuk satu SMS, hotspot wayarles 15GBG
    • Digi Postpaid 90 (RM90 sebulan) – Data 4G 60GB (50GB + bonus 10GB untuk 12 bulan pertama), percuma 5G booster, panggilan telefon tanpa had, 300 SMS percuma, naik taraf kepada data 100GB secara percuma, kredit Touch ‘n Go eWallet RM100 percuma, data percuma 10GB ATAU streaming/media sosial/gaming tanpa had selama 12 bulan
    • Maxis Postpaid 98 (RM98 sebulan) – Data berkelajuan tinggi 60GB, panggilan telefon tanpa had, SMS tanpa had, rebat RM20 selama 24 bulan, perayauan tanpa had (RM29 sehari), data percuma 30GB ATAU diskaun untuk telefon pintar 5G
    • U Mobile U Postpaid 98 (RM98 sebulan) – Data berkelajuan tinggi 1,000GB (4G/5G), panggilan telefon tanpa had, ultra hotspot 5G, panggilan telefon percuma sewaktu berada di luar negara
    • Unifi Uni5G Postpaid 89 (RM89 sebulan) – Data 4G/5G tanpa had (FUP), panggilan telefon tanpa had, hotspot wayarles 10GB, tiada kontrak, diskaun untuk telefon 5G
    • Yes Infinite Standard (RM88 sebulan) – Data 4G/5G tanpa had, tiada had kelajuan, panggilan telefon tanpa had, hotspot wayarles 50GB
    Celcom MEGA Lightning 80 dan Celcom MEGA Unlimited 98
    Digi Postpaid 90 dan Maxis Postpaid 98
    U Mobile U Postpaid 98 dan Unifi Uni5G Postpaid 89
    Yes Infinite Standard

    Tiada yang menarik pada bulan ini, namun kami menjangkakan pelbagai promosi sempena Hari Merdeka pada bulan Ogos hadapan. Buat masa ini, anda boleh lihat senarai prabayar terbaik untuk Julai 2023.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika senarai ini membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Diterjemahkan daripada TechNave]

     

    Artikel Terkini

    Misteri video tular TV “diganggu” terbongkar, ini situasi sebenar yang berlaku

    Baru-baru ini, sebuah video yang tular di media sosial telah mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen. Melalui video tersebut, dua orang lelaki...

    Nvidia belum selesai isu lama, RTX 5090 kembali cetus kontroversi kabel kuasa cair

    Isu kabel kuasa cair pada kad grafik Nvidia nampaknya masih belum berakhir. Walaupun standard 12V-2×6 diperkenalkan untuk menggantikan masalah lama 12VHPWR, laporan...

    “Power bank” bakal pupus? HONOR mungkin hasilkan telefon dengan bateri 14,000mAh

    Kapasiti bateri telefon pintar nampaknya terus meningkat dan HONOR mungkin bakal menjadi antara pengeluar yang tolak trend itu lebih jauh. Menurut sumber,...

    Era game mahal bermula? GTA 6 diumum dengan harga permulaan RM339

    Selepas berbulan-bulan spekulasi dan pelbagai kebocoran harga, Rockstar akhirnya mengesahkan tanda harga rasmi untuk Grand Theft Auto VI (GTA 6). Pemain yang...

    Insta360 Luna Ultra rasmi di Malaysia – Sensor 1 inci dan sokong rakaman 8K...

    Insta360 hari ini melancarkan Luna Ultra untuk pasaran Malaysia iaitu kamera gimbal mercu baharu yang dibangunkan bersama Leica. Ditawarkan pada harga bermula...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...