More

    Pelan Perayauan Digi Asia Pass dilancarkan, bermula daripada RM25 untuk 3 hari

    Digi baru-baru ini telah mengumumkan pas perayauan baharu yang dipertingkatkan untuk pengguna Digi yang merancang untuk melancong ke luar negara. Mulai hari ini, pelanggan yang melancong ke negara Asia boleh memilih Digi Asia Pass pada harga RM25 selama tiga hari.

    Menurut Digi, Pas Asia meliputi 20 negara dan dilengkapi dengan 2GB data serta 30 minit panggilan suara perayauan. Untuk masa terhad, pelanggan yang melancong ke Indonesia, Singapura dan Thailand boleh menikmati 2GB tambahan memberikan sejumlah 4GB data. Terdapat juga pas perayauan 7 hari dengan harga RM50 sahaja.

    Bagi pas perayauan 7 hari Digi, pelanggan akan mendapat kuota data 2GB meliputi 46 negara dengan lebih banyak negara akan ditambah dalam masa terdekat. Semua pas perayauan baharu diperluaskan bukan sahaja kepada pelanggan Pascabayar Digi tetapi juga kepada pelanggan Prabayar Digi.

    Selain itu, pelanggan Pascabayar Digi yang kerap melancong juga boleh memilih Add-on Roam Like Home Freedom. Pelan ini menawarkan perayauan percuma setiap bulan dan ia tersedia dengan Digi Postpaid 90 dan ke atas. Terdapat sejumlah 10GB data, 60 minit panggilan suara perayauan dan 60 minit panggilan suara IDD setiap bulan.

    Jika anda ingin membeli pelan perayauan baharu yang dipertingkatkan ini, anda boleh membeli melalui aplikasi MyDigi atau dail 8003#. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Digi.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured