More

    Pelanduk dua serupa Redmi K30, POCO X2 dengan pengecasan pantas 27W

    Baru sahaja semalam anda disajikan dengan berita khabar angin spesifikasi POCO X2 yang bakal muncul di pasaran teknologi telefon pintar. Kini, terdapat berita baru yang menyatakan POCO X2 hadir bersama pengecasan pantas 27W.

    Sepintas lalu, peranti pelanduk dua serupa dengan Redmi K30 ini dilaporkan bakal hadir dengan paparan 6.67 inci + 120Hz, kamera quad Sony IMX868 64MP, cipset 730G dan bateri 4500 mAh. Jika ditambah dengan ciri teknologi pengecasan pantas 27W, POCO X2 pastinya menjadi rebutan orang ramai.

    Adakah anda akan menyambarnya jika spesifikasi ini betul? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar terkini.

    Sumber: GIZMOCHINA

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...