More

    Pemenang HUAWEI GoPaint Contest diumum, serlahkan kreativiti pelajar dengan MatePad Pro 13.2”

    HUAWEI telah mengumumkan pemenang HUAWEI GoPaint Contest, sebahagian daripada program kerjasama dengan Akademi Seni, Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan The One Academy di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

    Pertandingan ini mengajak pelajar untuk menunjukkan kreativiti mereka menggunakan HUAWEI MatePad Pro 13.2 inci dan HUAWEI M-Pencil generasi ketiga yang dikuasakan oleh teknologi NearLink. Inisiatif ini bertujuan untuk mempromosikan inovasi dan kreativiti dalam pembelajaran melalui teknologi.

    HUAWEI dengan bangga mengumumkan pemenang berbakat termasuk Hoo Shir Liz, dengan karya “Childlike Curiosity” memenangi anugerah Best Visual dan Raduan Norudin,yang menerima anugerah Best Storytelling untuk “The Lively City.” Karya mereka menonjolkan potensi artistik HUAWEI MatePad Pro 13.2” dan M-Pencil.

    Tablet terbaru HUAWEI, HUAWEI MatePad 11.5 inci S PaperMatte Edition, mampu mempertingkatkan pengalaman kreatif dengan teknologi Paparan PaperMatte canggihnya dan HUAWEI M-Pencil dengan teknologi NearLink. Berharga RM2,499, tablet ini menawarkan paparan yang jelas seperti kertas dan pengalaman menulis yang semula jadi, menjadikannya alat yang berkuasa untuk seni digital dan produktiviti.

    Peranti ini tersedia dalam warna Violet dan Space Grey, dijual di semua HUAWEI Experience Store, laman web rasmi HUAWEI, Shopee dan Lazada dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM2,046 termasuk HUAWEI Smart Magnetic Keyboard dan aksesori lain sehingga 28 Jun 2024.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nak beli telefon baharu? Harga mungkin naik lepas Qualcomm ubah harga cip

    Qualcomm dilapor telah menghantar surat makluman kepada para pelanggannya berhubung rancangan kenaikan harga cip pada kadar peratusan dua digit. Menurut laporan Bloomberg,...

    Facebook kini ada “Verified” percuma, boleh bezakan akaun AI dan manusia

    Meta secara rasmi memperkenalkan Facebook Verified iaitu lencana percuma baharu yang mengesahkan bahawa sesebuah profil itu dikendalikan oleh manusia sebenar. Langkah ini...

    iPad Mini akan datang dijangka jadi tablet kalis air pertama Apple

    Apple dilapor sedang membangunkan iPad mini generasi baharu yang dijangka menjadi tablet pertama mereka dengan sokongan penarafan kalis air. Menurut laporan daripada...

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...