More

    Pendaftaran untuk Clubhouse mungkin akan dibuka kepada semua orang dalam masa terdekat

    Aplikasi perkongsian audio Clubhouse telah pun dilancarkan untuk platform Android dan iOS manakala bilangan penggunanya pula semakin bertambah setiap hari. Clubhouse sudah pun mencatatkan jumlah pengguna dalam Android sebanyak dua juta orang sejak pelancarannya pada bulan lalu.

    Kini, mereka turut berkongsi pelan untuk masa terdekat di mana mereka merancang untuk membuka pendaftaran kepada semua orang pada musim panas di Amerika Syarikat, iaitu sekitar bulan Jun hingga September. Sebelum ini, pengguna yang berminat untuk mendaftarkan akaun baru dalam Clubhouse perlu menerima jemputan daripada pengguna Clubhouse sedia ada.

    Clubhouse juga dilaporkan sedang membangunkan fungsi yang membenarkan pengguna untuk menjana pendapatan daripada kandungan audio yang dikongsi. Mereka kini berhadapan dengan saingan daripada syarikat media sosial gergasi seperti Facebook, Twitter, Telegram, Spotify dan Reddit yang bakal menawarkan fungsi serupa.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    EU KIDS Act diperkenal untuk lindungi kanak-kanak bawah 15 tahun

    Suruhanjaya Eropah telah mengumumkan cadangan rasmi bagi rang undang-undang EU KIDS Act yang bertujuan mempertingkatkan keselamatan kanak-kanak dalam talian di seluruh Kesatuan...

    Penuntut Monash menang James Dyson Award 2026 Malaysia menerusi peranti ZeMor

    Pelajar tahun akhir kejuruteraan dari Monash University Malaysia, Hayley Nea Iaduray, diumumkan sebagai Pemenang Kebangsaan James Dyson Award 2026 menerusi ciptaan peranti...

    Samsung Galaxy A08 dilancar dengan bateri 6,000mAh dan kemas kemas kini OS 6 tahun

    Samsung melancarkan telefon pintar kelas asas baharu iaitu Samsung Galaxy A08 secara senyap untuk pasaran global. Peranti ini memfokuskan kepada ketahanan penggunaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...