More

    Penerima bantuan eBeliaRahmah diingatkan supaya tidak tukar kredit RM200 kepada tunai, elak jadi mangsa “scam”

    Kementerian Kewangan (MoF) mengingatkan para penerima bantuan program eBeliaRahamah supaya tidak menukarkan kredit e-tunai bernilai RM200 kepada wang tunai. Ini adalah bagi mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian seperti yang berlaku kepada beberapa orang pelajar baru-baru ini.

    Dalam satu kes penipuan tersebut, pelajar berkenaan ternampak iklan untuk ‘perkhidmatan menukar kredit kepada wang tunai’ dalam media sosial kemudian beliau menghubungi pengiklan itu. Tidak lama kemudian, beliau ditipu oleh pengiklan tersebut dan beliau kehilangan seluruh kredit RM200 yang diterima melalui program eBeliaRahmah.

    MoF menegaskan bahawa penerima tidak perlu menukar kredit eBeliaRahmah kepada wang tunai kerana ia boleh digunakan secara digital di lebih 1.7 juta perniagaan di seluruh negara untuk membayar perkhidmatan dan pembelian.

    Jika kredit eBeliaRahmah ini ditukarkan kepada wang tunai, ia menggagalkan matlamat sebenar program bantuan ini yang bertujuan meringankan beban kewangan dalam kalangan belia dan pelajar institusi pengajian tinggi. Tindakan ini juga melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan untuk kredit eBeliaRahmah.

    MoF menasihatkan para penerima eBeliaRahmah untuk tidak terpedaya dengan perkhidmatan yang kononnnya boleh menukarkan kredit itu kepada wang tunai. Mereka juga menyeru para pengguna media sosial untuk melaporkan sebarang iklan yang mempromosikan perkara serupa.

    Dalam pada itu, MoF akan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bagi membendung kes penipuan yang melibatkan penukaran kredit eBeliaRahmah kepada wang tunai.

    Jika anda layak dan masih belum menuntut kredit eBeliaRahmah, anda boleh baca panduan untuk sebarang ganjaran yang ditawarkan dalam e-dompet yang menyokong pemberian kredit ini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...