More

    Pengguna Boost Bank boleh nikmati promosi khas di MYDIN, harga murah untuk barang runcit

    Peruncit terkemuka tempatan, MYDIN, mengumumkan kerjasama eksklusif dengan Boost Bank yang baru sahaja dilancar pada awal bulan ini. Dengan kerjasama kedua-dua pihak, para pengguna Boost Bank boleh menikmati pelbagai keistimewaan sewaktu membeli-belah di MYDIN.

    Antara promosi yang boleh dinikmati termasuklah harga tetap RM2 sahaja untuk barang-barang keperluan seperti gula pasir (harga asal RM2.85), tepung gandum (harga asal RM2.80), Sardin MyRasa (harga asal RM5.50) dan Roti Gardenia (harga asal RM4).

    Promosi ini akan berlangsung sehingga 23 Jun 2024. Selain harga diskaun, MYDIN juga menggalakkan pembayaran secara digital bagi memudahkan proses pembayaran di semua kaunter.

    Boost Bank juga menawarkan kadar faedah harian eksklusif sehingga 4% setahun (dibayar secara mingguan) kepada pelanggan MYDIN yang membuka akaun bank digital tersebut dan membuat deposit sekurang-kurangnya RM2,000 ke dalam Savings Jars. Mereka juga perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM50 sebulan melalui aplikasi Boost eDompet di mana-mana cawangan MYDIN dari 13 Jun hingga 30 September 2024.

    Dengan berbuat demikian, pengguna juga akan menjadi Platinum President dalam aplikasi Boost Bank dan Boost eDompet secara automatik. Anda peru pastikan bahawa akaun Boost Bank sudah dihubungkan dengan aplikasi Boost sebelum membuat transaksi.

    Selain itu, pelanggan MYDIN yang membuka akaun Boost Bank layak menerima RM10 melalui Partner Wallet dalam aplikasi Boost eDompet. Anda hanya perlu gunakan kod promo “BOOSTMYDIN“, namun perlu diingati bahawa ia hanya dihadkan untuk para pelanggan terawal yang menebus kod promo tersebut.

    Jika anda tidak tahu tentang Boost Bank, ia merupakan bank digital pertama yang dimiliki sepenuhnya oleh syarikat tempatan dan menawarkan pelbagai manfaat perbankan digital seperti pendaftaran mudah, pembayaran dalam talian dan pelaburan kecil dengan Savings Jars.

    Layari laman web MYDIN untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured