More

    Pengguna iPhone 15 dengan iOS 17.1.1 alami isu pengecasan wayarles pada kereta GM

    Dahulunya, pemilik kereta BMW mengalami masalah kerosakan cip NFC pada iPhone 15 Pro setelah dicas pada pengecasan wayarles di dalam kereta. Namun, Apple telah mengeluarkan kemas kini iOS 17.1.1 untuk menangani isu tersebut. Namun kini, pemandu kenderaan GM mengalami masalah yang hampir sama apabila iPhone 15 diletakkan pada pengecasan wayarles walaupun selepas mengemas kini kepada iOS 17.1.1.

    Baru-baru ini, pengguna GM melaporkan pad pengecasan wayarles dalam kereta mereka tidak lagi berfungsi selepas kemas kini iOS 17.1. Banyak aduan telah muncul di Reddit, forum GM dan forum sokongan Apple merangkumi pelbagai model kereta GM seperti Bolt, Silverado dan Sierra.

    Walaupun iOS 17.1.1 dikeluarkan, pemilik GM menegaskan bahawa kemas kini itu tidak menyelesaikan masalah pengecasan wayarles mereka dan kemas kini beta iOS 17.2 yang berterusan juga tidak memberikan penyelesaian.

    Pengguna menekankan bahawa pengecasan wayarles berfungsi sebelum kemas kini iOS 17.1 serta mencadangkan isu khusus yang berkaitan dengan kemas kini perisian tertentu itu. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

    Sumber: 9to5mac

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured