More

    Pengguna Maybank2u kini hanya boleh tetap kata laluan menerusi aplikasi MAE

    Malayan Banking Berhad (Maybank) mengumumkan perubahan kepada kaedah penetapan semula kata laluan Maybank2u berkuat kuasa hari ini. Pelanggan individu atau pemilik tunggal hanya boleh menetapkan semula kata laluan Maybank2u mereka menerusi aplikasi MAE yang menggantikan kaedah terdahulu yang turut melibatkan laman web.

    Maybank menegaskan perubahan ini tidak menjejaskan pengguna akaun perniagaan seperti M2UBiz dan M2E yang kekal menggunakan kaedah sedia ada. Langkah-langkah penetapan semula kata laluan melalui aplikasi MAE adalah seperti berikut:

    • Pilih “Forgot Password” atau “Forgot Login Details” di skrin log masuk aplikasi MAE.
    • Sahkan identiti menggunakan Secure2u.
    • Pilih kaedah pengesahan akaun berdasarkan maklumat pendaftaran, sama ada kad debit/kredit, nombor dompet MAE atau nombor akses.
    • Masukkan PIN aplikasi MAE (6 digit).
    • Lengkapkan pengesahan identiti dengan mengimbas kad pengenalan atau pasport serta mengambil swafoto.
    • Semak nama pengguna yang dipaparkan.
    • Tetapkan kata laluan baharu dan sahkan melalui Secure2u.

    Penetapan semula hanya dibenarkan sekali dalam tempoh 24 jam. Bagi pelanggan yang menghadapi isu lain seperti kehilangan peranti dengan Secure2u, terlupa PIN MAE atau menghadapi masalah log masuk, PIN sementara boleh ditetapkan semula di mesin ATM atau cawangan Maybank. PIN sementara itu sah digunakan dalam tempoh 48 jam.

    Sekiranya berlaku tiga kali kegagalan percubaan pengesahan, akaun Maybank2u akan disekat selama 24 jam sebagai langkah keselamatan tambahan. Langkah baharu ini sejajar dengan usaha Maybank untuk memperkukuh keselamatan dan memudahkan pengguna mengurus akses akaun melalui aplikasi MAE yang berintegrasi dengan ciri Secure2u.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Maybank

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...