More

    Pengurus OPPO jelaskan butang kamera khas pada Find X8, serupa dengan iPhone 16

    Sebelum ini, OPPO mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan butang kamera khas bernama Quick Button di bahagian sisi telefon bagi memudahkan pengguna mengambil gambar dengan lebih cepat. Apa yang menarik adalah pengumuman ini dibuat tidak lama selepas Apple memperkenalkan butang Camera Control pada siri iPhone 16, jadi ramai yang mengandaikan bahawa OPPO sekadar menyalin langkah Apple.

    Bagi menjelaskan pengenalan butang Quick Button, pengurus produk OPPO Zhou Yibao mengatakan rekaan untuk Find X8 sebenarnya sudah dimuktamadkan sejak November tahun lalu, termasuklah keputusan untuk memperkenalkan butang khas untuk kamera.

    Selain itu, beliau mengatakan butang khas ini akan menyelesaikan masalah pengguna yang mungkin tidak dapat mengambil gambar kerana skrin telefon mempunyai beberapa titisan air atau salji halus, menyebabkan kesukaran untuk berinteraksi dengan skrin. Jika pengguna memakai sarung tangan, mereka juga tidak boleh berinteraksi dengan skrin untuk mengambil gambar.

    Gambar yang dikongsi pengurus produk OPPO Zhou Yibao, mungkin menunjukkan Quick Button pada OPPO Find X8

    Butang ini juga akan memudahkan pengguna untuk mengambil gambar sewaktu situasi yang hanya membenarkan penggunaan satu tangan, seperti sewaktu menunggang haiwan atau memandu.

    Oleh yang demikian, butang khas untuk kamera akan memudahkan pengguna mengambil gambar dengan cepat. Sewaktu membangunkan butang tersebut, OPPO memastikan bahawa ia diletakkan dalam kedudukan yang mudah ditekan dalam mod mendatar dan menegak.

    Sebelum ini, beliau sudah berkongsi beberapa spesifikasi untuk siri OPPO Find X8, seperti bateri 5,000mAh, pengecasan magnetik 50W, pengecasan wayarles 50W, rating kalis air IP68 / IP69, pemancar IR, NFC dan pembesar suara stereo.

    Adakah anda berminat dengan OPPO Find X8? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured