More

    Peniaga rugi lebih RM278,000 kerana terpedaya “scam” internet

    Seorang peniaga berumur 35 tahun di Temerloh, Pahang telah mengalami kerugian lebih RM278,000 kerana terpedaya dengan penipuan dalam talian yang tidak wujud.

    Menurut pihak polis, peniaga ini menerima panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali dan berpura-pura sebagai wakil daripada sebuah institusi latihan kerajaan.

    Suspek berkata dia membeli barang daripada peniaga ini dan memintanya untuk membekalkan cenderahati melalui pihak ketiga yang dicadangkan oleh suspek.

    Bagi melengkapkan pesanan cenderahati, peniaga ini membuat sembilan transaksi kepada lapan akaun bank yang berbeza dengan jumlah akhir sebanyak lebih RM278,000. Jumlah tersebut diambil daripada wang simpanan serta syarikat.

    Tidak lama kemudian, peniaga ini menyedari bahawa beliau telah terpedaya dengan penipuan dalam internet dan terus membuat laporan di balai polis.

    Kami berharap para pembaca akan kekal peka dan berwaspada terhadap penipuan yang semakin menular dalam internet. Untuk mengetahui segala langkah yang anda perlu ambil untuk elak daripada menjadi mangsa scam, baca artikel ini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured