More

    Ciri tambahan Apple Watch Series 8 dan SE baharu yang tiada pada Watch Series 7 & SE pertama

    Apple telah melancarkan Apple Watch Series 8 dan Apple Watch SE baharu yang membawa peningkatan ciri daripada segi kecergasan dan keselamatan. Mari kita bincangkan beberapa perbandingan yang terdapat pada jam tangan Apple Watch Series 8 dan SE baharu dengan Apple Watch Series 7 dan SE sebelum ini.

    Apple Watch Series 8 baharu menawarkan saiz skrin yang sama seperti Watch Series 7 iaitu 41mm dan 45mm. Namun, terdapat beberapa fungsi yang ada pada siri 8 dan tidak dimiliki oleh Watch Series 7 iaitu sensor suhu badan. Ia mempunyai dua sensor suhu di mana satu di bahagian bawah dan satu di skrin.

    Antara perubahan ketara yang terdapat pada jam tangan siri kali ini adalah ia dapat memantau kesihatan wanita dengan menjejaki kitaran ovulasi mereka. Ia juga boleh mengesan kemalangan kereta dengan ciri Pengesanan Kemalangan baharu yang berfungsi sama seperti Pengesanan Jatuh. 

    Sebagai contoh, Sekiranya anda dikesan terlibat dalam kemalangan, ia akan menghubungi nombor kecemasan secara automatik jika anda tidak memberi sebarang tindak balas.

    Daripada segi bateri, siri 7 hadir dengan bateri yang boleh bertahan selama 18 jam manakala siri 8 mampu bertahan sehingga 36 jam sekiranya pengguna mengaktifkan sokongan mod kuasa rendah (Low Power Mode).

    Berbeza daripada tahun lepas, siri 8 membawa reka bentuk aluminium dan keluli tahan karat manakala siri 7 hanya membawa reka bentuk aluminium sahaja. Berikut merupakan warna yang ditawarkan oleh kedua-dua jam tangan:

    • Apple Watch Series 8 (aluminium): Midnight, Starlight, perak dan merah 
    • Apple Watch Series 8 (keluli tahan karat): Perak, emas dan graphite. 
    • Apple Watch Series 7 (aluminum): Midnight, putih Starlight, hijau, biru dan merah

    Selain itu, Apple Watch SE generasi pertama membawa ciri-ciri jam tangan pintar seperti paparan notifikasi, penjejak kesihatan dan dilengkapi dengan cip S5. Namun, sudah pasti untuk generasi kedua membawa beberapa peningkatan seperti cip S8, pengesanan kemalangan dan pilihan warna baharu. Sarung belakangnya direka bentuk semula dengan bahan komposit nilon warna baharu dan menghasilkan prestasi 20% lebih pantas. ‌

    Anda mungkin lebih tahu mengenai fungsi dan ciri jam tangan siri kali ini apabila ia sampai ke tangan anda. Beri pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured