More

    Penyelidik hasilkan teknologi pengecasan ‘mampu milik’ yang mengecas penuh bateri dalam 5 minit sahaja!

    Mengikut laporan dari Independent, sekumpulan penyelidik dari University of Cambridge telah menghasilkan teknologi pengecasan yang mampu mengecas bateri telefon dari 0 ke 100% dalam masa 5 minit sahaja.

    Kumpulan ini dikatakan telah menyelidik akan tingkah laku pengecasan bateri lithium ion. Kemudian, mereka berjaya untuk menghasilkan mekanisma untuk mengawal pengecasan pantas tersebut dan terhasillah pengecasan pantas ini.

    Teknologi ini juga dikatakakan adalah mampu milik dan dapat meningkatkan kitaran pengisian bateri sambil mengelakkan panas melampau (overheating).

    Namun begitu, ia masih belum diketahui berapa lama penyelidikan ini akan berpindah dari makmal ke pasaran.

    Pengecasan pantas 200W dari Xiaomi

    Jika anda tidak mengikuti perkembangan teknologi pengecasan pantas, Xiaomi baru-baru ini telah melancarkan teknologi pengecasan sepantas 200W. Infinix juga telah mengacah peranti andalan mereka yang hadir dengan pengecasan pantas 160W yang dapat mengecas penuh bateri 4,000mAh dalam masa 10 minit sahaja.

    Adakah anda meminati pergerakan teknologi ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured