More

    Perang angkasa yang sebenar: Angkasawan buat video penghargaan Hari Star Wars dalam ISS

    Nampaknya peminat francais fiksyen sains Star Wars bukan sahaja terhad kepada manusia di Bumi, malah warga angkasa juga meminatinya! Beberapa angkasawan yang pernah bertugas dalam Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) di orbit menyambut hari Star Wars pada 4 Mei dengan memuat naik video pendek menarik dalam suasana graviti sifar.

    Angkasawan NASA, Andrew Morgan, memuat naik satu video di Twitter menunjukkan sebuah permainan X-Wing dikejar oleh sebuah TIE Fighter yang turut dikejar oleh sebuah Milennium Falcon sambil berlatar belakangkan planet Bumi.

    Dengan ketiadaan graviti, Andrew hanya perlu menolak sedikit mainan-mainan tersebut untuk menunjukkannya ‘terbang’ di udara. Andrew sudah pun pulang ke Bumi pada bulan lalu, selepas meluangkan masa sembilan bulan dalam kapal angkasa tersebut.

    Selain itu, angkasawan Rusia Ivan Vagner yang kini sedang bertugas dalam ISS pula berkongsi gambar sebuah patung Yoda yang terapung sambil berlatar belakangkan panel suria ISS. Patung tersebut telah dijahit oleh isterinya sendiri.

    Bagaimana pula cara anda menyambut hari Star Wars? Kongsikannya di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured