More

    Peranti anda mungkin akan terima Apple Intelligence seawal akhir Oktober ini

    Sewaktu siri iPhone 16 dilancar pada bulan lalu, kritikan yang paling lantang terhadap siri telefon pintar itu adalah ketiadaan fungsi kecerdasan buatan Apple Intelligence apabila telefon itu mula dijual secara komersial, meskipun fungsi tersebut diketengahkan dengan mendalam sewaktu pelancarannya.

    Kini wartawan teknologi Bloomberg, Mark Gurman, melaporkan bahawa Apple akan mula memberikan Apple Intelligence kepada peranti-peranti Apple seawal 28 Oktober 2024, dengan kemas kini iOS 18.1 pada iPhone yang layak. Beliau menjelaskan hanya sesetengah fungsi Apple Intelligence sahaja yang akan diberikan, seperti ringkasan pemberitahuan (notification summary), alat penulisan pintar serta sempadan skrin yang menyala dengan corak pelangi apabila Siri dihidupkan.

    Fungsi-fungsi Apple Intelligence yang lain hanya akan diberikan bermula bulan Disember ini, seperti fungsi Image Playground yang boleh menjana seni AI dan Genmoji yang boleh mencipta emoji tersendiri. Sungguh pun begitu, fungsi di mana Siri boleh membantu dalam melaksanakan tugas merentas beberapa aplikasi serta menggunakan konteks sebagai maklumat, masih tidak boleh dilihat dalam versi beta untuk Apple Intelligence setakat ini.

    Apple Intelligence akan ditawarkan kepada setiap varian iPhone 16, manakala untuk model-model terdahulu, hanya iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max sahaja yang akan menerimanya. Ini adalah kerana dalam siri iPhone 15, hanya dua varian tersebut yang dilengkapi kuasa pemprosesan dan RAM yang cukup untuk menyokong penggunaan Apple Intelligence.

    Jika anda ingin mencuba Apple Intelligence dengan lebih awal, anda boleh daftarkan diri untuk cuba versi beta pada tablet iPad dan komputer Mac yang dilengkapi cip M1 dan ke atas.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Apple Intelligence dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bloomberg

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...