More

    Perkhidmatan Maybank dalam talian terganggu kecuali aplikasi MAE

    [Kemas kini, 3:30pm] Semua perkhidmatan Maybank dalam talian telah pulih sepenuhnya.

    [Berita asal] Sejak pagi ini, pengguna Maybank mendapati bahawa mereka tidak dapat mendaftar masuk ke dalam aplikasi Maybank2U dan laman web Maybank. Maybank telah pun mengesahkan gangguan ini di Twitter dan Facebook serta sedang giat menyelesaikan masalahnya.

    Maybank mengatakan para pengguna masih boleh mengakses perkhidmatan perbankan dalam aplikasi terbaru oleh Maybank iaitu MAE. Walau bagaimanapun, segelintir pengguna masih mengalami masalah yang sama dalam aplikasi tersebut. Gangguan ini berlaku hanya beberapa hari selepas isu serupa dialami oleh pengguna pada 25 November.

    MAE merupakan aplikasi yang baru dilancar pada bulan Oktober lalu dan dirancang untuk menggantikan Maybank2U, namun jadual pelaksaannya masih belum diperincikan. Gangguan-gangguan terbaru ini menimbulkan tanda tanya di kalangan pengguna jika Maybank ingin ‘memaksa’ pengguna untuk berhijrah ke MAE.

    Maybank kini sedang berusaha bagi mengembalikan perkhidmatan seperti biasa kepada pengguna. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured